Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

MB Terengganu saingan Anwar sebagai PM M’sia?

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MB Terengganu saingan Anwar sebagai PM M’sia?

Dec 10, 2023 | 05:32 AM



Bermula dengan kejayaan Perikatan Nasional-Parti Islam SeMalaysia (PN-PAS) melakar sejarah menyapu bersih semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Terengganu pada 12 Ogos lalu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meneruskan momentum kecemerlangan PN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman.

Menteri Besar Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu, mempertahankan kemenangan PN-PAS di Parlimen Kemaman dengan kemenangan bergaya menerusi 64,998 undi dan majoriti sebanyak 37,220 undi pada hari pengundian, 2 Disember lalu.

Dengan peratusan keluar mengundi kurang 70 peratus (65.75 peratus), Datuk Dr Ahmad Samsuri atau mesra disapa sebagai Dr Sam diramal mampu mencapai majoriti kemenangan lebih besar andai peratusan keluar mengundi lebih tinggi.

Kejayaan Dr Sam amat mencuri perhatian, sementelah pencalonannya di kerusi Parlimen itu datang dengan iringan doa dan cakap-cakap ramai bahawa beliau adalah susuk yang bakal diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti.

Perbincangan mengenai potensi beliau sebagai calon Perdana Menteri yang berpotensi bukan dibuat tanpa asas, tetapi merujuk kepada rekod prestasinya di Terengganu, yang ditandai dengan kestabilan politik dan kejayaan dasar, menunjukkan beliau pesaing yang berdaya maju untuk kepimpinan negara.

Ada yang mengatakan, langkah mencanangkan beliau sebagai calon Perdana Menteri masa depan adalah taktik terkehadapan PN-Pas untuk menempuhi PRU16 yang dijangka pada 2028, malah ada juga yang berfikir dalam skop lebih kecil iaitu sekadar gimik PRK.

Apapun, musuh politik PAS – iaitu veteran DAP sendiri, Tan Sri Lim Kit Siang, dilihat agak berminat dengan naratif menjulang Dr Sam sebagai calon PM Malaysia.

Malahan, beliau meyakini Dr Sam mampu membawa PAS ke era baru yang lebih relevan dengan realiti dan keperluan Malaysia sebagai negara yang kaya dengan masyarakat majmuk dan berbilang kaum.

Mantan Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, juga secara peribadi mengakui amat mengagumi kepimpinan Dr Sam dan langkah mengetengahkan beliau sebagai calon PRK Kemaman dilihat laluan untuk PAS mengangkat calon teknokrat yang layak menerajui negara satu hari nanti.

Agaknya apakah rahsia kejayaan mantan Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini?

Sebagaimana biasa, Dr Sam yang terkenal dengan sikap merendah diri dan dinamik tersendiri enggan melihat segala harapan yang disandarkan kepadanya sebagai calon Perdana Menteri, satu pujian ataupun kebangggaan yang akan melekakan.

Jawapan beliau ringkas saja. Beliau tidak pernah letak cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, namun bersedia memikul tanggungjawab andai diamanahkan untuk berada di kedudukan itu.

“Pandangan orang macam-macam. Jadi terserah. Saya tidak letak target pun untuk jadi PM (perdana menteri), tetapi harapan itu datang dari orang ramai.


“Andai tertulis saya perlu berada di kerusi itu (PM) maka saya akan terima dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang tinggi kepada rakyat. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya kepada Berita Minggu.


Felo kanan Majlis Profesor Malaysia, Encik Jeniri Amir, berkata Dr Sam memiliki watak dan personaliti sederhana, namun profesional dan berwibawa untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

Katanya, dengan pelbagai isu merenggut PAS terutama dalam cabaran menarik sokongan serta kepercayaan bukan Melayu dan bukan Islam terhadap parti itu, Dr Sam adalah ‘tiketnya’.

“PAS sering dikaitkan dengan imej sebagai pelampau dan masih gagal menarik sokongan bukan Melayu dan bukan Islam. Saya lihat Dr Sam ada kemampuan untuk menangani imej lapuk PAS dan meletakkan parti itu sebagai parti untuk semua, bukan Melayu dan Islam saja,” katanya.

Bagaimanapun, penganalisis politik, Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan, tidak berkongsi pandangan dengan Encik Jeniri, namun mengakui Dr Sam memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik, walaupun belum mencapai piawaian sebenar sebagai calon PM.

“Jika dilihat pada majoriti undi dimenangi Dr Sam di Kemaman, ia tidaklah begitu kuat. Kerana kita membayangkan aura beliau sebagai Menteri Besar dapat sapu bersih kerusi itu, namun sebaliknya. Jadi dari segi prestasinya, ini tidak membolehkan Dr Sam popular atau berwibawa sebagai bakal PM.

“Bagi saya yang mengangkat beliau sebagai calon PM adalah orang dari luar PN yang mungkin tujuannya untuk mengucar-ngacirkan PN, dalam keadaan Bersatu lemah ketika ini.

“Diikutkan, ramai calon lebih berkelayakan daripada Dr Sam terutama dari segi pengalaman untuk dilantik menjadi Perdana Menteri terutama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >