Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Media sosial, e-dagang wadah popular jual ubatan palsu di M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Media sosial, e-dagang wadah popular jual ubatan palsu di M’sia

Dec 28, 2023 | 01:43 PM



Ubatan terkawal dan makanan tambahan yang dikatakan demi kesihatan adalah antara produk farmaseutikal palsu dan tidak berdaftar yang dikesan paling banyak dijual menyalahi undang-undang, sekali gus membawa kepada nilai rampasan lebih RM500,000 ($142,899), dalam Operasi Pangea Ke-16.

Peningkatan jualan ubatan terkawal seperti bahan psikotropik, ubat penahan sakit, antibiotik, ubat batuk, selain kosmetik, produk merawat penyakit gastrik dan steroid yang menyalahi undang-undang dikesan dilakukan antaranya menerusi akaun media sosial dan e-dagang.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Cik Norhaliza A Halim, berkata setakat ini pihak berkuasa telah melakukan sekatan akses ke atas 1,675 laman sesawang menjual produk farmaseutikal menyalahi undang-undang di Malaysia.

“Sebanyak 76 peratus daripada pautan ini adalah dalam wadah e-dagang. Kesemua pautan ini telah diadukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penyedia wadah media sosial dan e-dagang untuk disekat akses dan diturunkan kandungan.

“Kita juga merampas pelbagai produk bernilai RM562,062 ($160,967) dalam Operasi Pangea Ke-16 yang dijalankan di seluruh negara dari 3 hingga 10 Oktober 2023,” katanya dalam satu kenyataan pada 27 Disember.

Operasi Pangea Ke-16 diselaras oleh Interpol dan menyasarkan pengiklanan, pembekalan dan penjualan secara dalam talian produk farmaseutikal yang tidak berdaftar atau campuran palsu di seluruh dunia dan di Malaysia ia diselaraskan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM.

Cik Norhaliza berkata operasi di Malaysia mendapat kerjasama National Central Bureau/Interpol Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta SKMM.

“Operasi ini juga telah merampas 13,552 unit produk farmaseutikal tidak berdaftar bernilai RM132,498 di semua pintu masuk utama negara melibatkan kargo udara, lapangan terbang, pos sempadan dan terminal feri.

Menurut Cik Norhaliza, produk paling banyak dirampas di pintu masuk negara dan pusat pengedaran mel pada 2023 adalah kosmetik sebanyak 2,359 unit, produk merawat penyakit gastrik (2,243) dan steroid (1,673), selain 1,465 ubat penahan sakit dan 1,343 suplemen kesihatan.

“Kita juga mendapati trend pembelian ubat penahan sakit dan makanan tambahan kesihatan dari luar negara semakin meningkat setiap tahun.

“Kebanyakan produk farmaseutikal dan kosmetik yang dirampas adalah dari Australia, Bangladesh, Hong Kong, Jepun dan India,” katanya.

Cik Norhaliza berkata pihaknya turut menjalankan serbuan bersasar ke atas penjual dan premis perniagaan yang terlibat dengan penjualan secara dalam talian.

“Sebanyak 45 premis yang menjual produk farmaseutikal tidak berdaftar termasuk rumah kediaman, klinik dan premis perniagaan telah diserbu, membawa kepada rampasan 96,691 unit produk farmaseutikal menyalahi undang-undang. Nilai rampasan dianggarkan RM417,291,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >