Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Misteri kehilangan pesawat MH370 belum terungkai selepas 10 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Misteri kehilangan pesawat MH370 belum terungkai selepas 10 tahun

Kerinduan tak terubat buat waris,
ahli keluarga 227 penumpang, 12 anak kapal
Mar 08, 2024 | 03:18 PM



PUTRAJAYA: Genap sedekad selepas tragedi misteri kehilangan pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac 2014 malam, dunia terutama sekali ahli keluarga 227 penumpang dari 14 negara dan 12 anak kapal warga Malaysia, masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.


Sehingga 8 Mac 2024, belum ada jawapan yang mampu menyembuh luka keluarga dan mengeringkan air mata waris mangsa.

Isteri kepada pramugara pesawat berkenaan Encik Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, kekal cekal mengharungi tahun ke-10 kehidupan tanpa insan tersayang, namun tidak pernah berhenti mengharapkan jawapan pada kehilangan itu.

“Fitrah manusia, ingin tahu mana perginya benda yang hilang. Bukan fizikal mereka yang kami nantikan tapi jawapan atas apa sebenarnya berlaku.

“Penting untuk industri penerbangan supaya kejadian ini tidak lagi berulang dan menyebabkan keluarga lain merana seperti yang kami lalui dan rasa dan juga untuk kembalikan kepercayaan sepenuhnya kepada penerbangan dunia,” luahan sayu Cik Intan Maizura Othaman, 44 tahun, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Bagi Encik Wan Amirul Haziq, 22 tahun, peristiwa sedih kehilangan bapa ketika usia 12 tahun masih tidak mampu dilupakan sehingga hari ini dan tidak menyangka 8 Mac 2014 adalah detik terakhir bertemu bapa tercinta.

“Tiga tahun pertama selepas tragedi itu, ibu membawa kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap kali Aidilfitri kerana amat merindui daddy. Ibu selalu sebut, siapa kita untuk melawan qada dan qadar Allah swt dan kami kuat kerana kekal bersama,” katanya lapor BHM.


Dalam kalangan pakar penerbangan, misteri terbesar itu terus melahirkan pelbagai kemungkinan dan teori yang ada kalanya, membawa kepada lebih banyak persoalan.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, kehilangan pesawat MH370 meninggalkan pengalaman dan nilai sentimental cukup besar baginya sebagai individu yang bertanggungjawab dalam misi pencarian pesawat berkenaan.

Sebaik melangkah masuk ke bilik sidang media dan melihat ratusan petugas media dan lensa kamera berkelip tanpa henti, Datuk Azharuddin sedar bahawa peristiwa kehilangan pesawat itu berita amat besar dan disaksikan seluruh dunia.

“Rutin saya mula berubah untuk mengadakan sidang media setiap hari. Mula-mula mencari dan menyelamat, kemudian mencari dan mengesan (pesawat), jadi kami ditempatkan di Hotel Sama-Sama kerana bilik operasi di situ dan kami membuat analisis carian.

“Saya tak balik rumah tiga bulan, hanya berpindah dari hotel ke hotel,” katanya yang pernah menerima bungkusan misteri berupa bagasi yang terdapat nama dan gambar penumpang MH370 yang hilang tertulis ‘I am stranded five years ago’ (saya terkandas lima tahun lalu) pada 22 Februari 2020, enam tahun selepas kehilangan MH370.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini berkata Malaysia sedia membuka semula siasatan berhubung insiden kehilangan pesawat MH370, sekiranya ada bukti baru dan kukuh.

“Saya dengan sukacita bersedia membuka semula kes ini. Ia ialah isu yang memberi kesan terhadap kehidupan rakyat dan apa saja yang perlu dilakukan, harus dilakukan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >