Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mizz Nina anggap dirinya penjaga Musa yang sah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mizz Nina anggap dirinya penjaga Musa yang sah

Feb 07, 2024 | 07:24 PM



KUALA LUMPUR: Aktivis kemanusiaan dan selebriti dari seberang, Mizz Nina mengesahkan penarikan balik kes penjagaan penuh bagi hak penjagaan sementara bagi anak angkatnya, Musa.

Mizz Nina berkata, tiada pertikaian yang sepatutnya berlaku kerana mempunyai dokumen lengkap sebagai penjaga Musa yang sah, dan bukan bekas suaminya, Noh Salleh, vokalis kumpulan indie rok ‘Hujan’.

“Saya hadir ke mahkamah hari ini (6 Februari) untuk menghormati prosedur mahkamah dan mengesahkan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang mana tidak tertulis namanya (Noh).

“Jadi, dengan ada dokumen ini bermaksud tiada pertikaian.

“Saya tegaskan tiada lagi pertikaian sebab ini bukan kes hak penjagaan dan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang lengkap,” katanya kepada akhbar lain.

Mizz Nina ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosiding penarikan balik kes, pada Selasa, 6 Februari.

Tambah Mizz Nina, beliau mahu Musa dibesarkan dalam persekitaran yang sihat dan dalam keluarga stabil.

“Musa ada mama dan baba, dia juga ada keluarga besar, jiran, persekolahannya dan semua orang yang sayangkannya. Jadi, saya mahu Musa dibesarkan dengan cara terbaik,” katanya.

Mizz Nina hadir bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan dan Mahmud Abdul Jumaat.

Fakhrul Azman berkata, Mizz Nina adalah ibu angkat Musa yang sah, justeru itu tiada isu berbangkit kerana kedua-dua kes sudah rasmi ditarik balik.

“Tiada isu apa-apa, seperti siapa yang nak melawat sebagainya. Kami sudah tarik balik kedua-dua kes dan mahkamah sudah benarkan kami untuk menarik balik.

“Pihak sana (Noh) suarakan mengenai kos pentaksiran. Kos kecil sebab tiada apa tindakan diambil setakat ini.

“Hak anak angkat juga sudah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina, jadi tiada isu seperti kes hak penjagaan.

“Ini kes anak angkat bila anak angkat itu sudah diberikan kepada Mizz Nina sepenuhnya, jadi tiada siapa boleh melawat.

“Keputusan muktamad adalah ibu kandung Musa memutuskan untuk memberi hak penjagaan penuh kepada Mizz Nina,” katanya.

Mengikuti perkembangan itu, Mizz Nina mendakwa anak angkatnya, Musa, mengalami trauma selepas dibawa keluar dari rumahnya tanpa persetujuannya selama lebih tiga minggu.

“Bayangkan seorang anak kecil dibawa keluar dari rumahnya, dia trauma kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga, rakan dan jiran yang benar-benar rapat dengannya.

“Musa trauma kerana dia mencari ibunya tetapi tidak menemuinya. Dia sangat takut dan begitu juga saya. Musa sangat risau,” katanya dalam laporan.

Mizz Nina mendedahkan bahawa dia telah membawa Musa berjumpa pakar psikiatri selepas mendapatkannya semula.

“Apabila Musa pulang ke rumah, dia sakit, cirit-birit dan muntah-muntah, serta kukunya panjang dan kotor.

“Saya dan suami segera membawa Musa berjumpa beberapa doktor dan pakar psikiatri untuk memeriksa kesihatan fizikal dan mentalnya,” katanya.

Mizz Nina menambah kejadian itu juga telah mengakibatkan Musa mempunyai “isu pengabaian”.

“Sebagai contoh, jika saya mahu membawanya keluar, Musa akan takut dan berpegang kepada saya dengan erat. Musa seolah-olah merasakan saya tidak akan kembali kepadanya,” katanya.

Mizz Nina dan Noh Salleh pernah mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 dan bercerai pada Ogos 2022.

Pada September 2023, Noh bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Fatin Athira Mustapa.

Manakala Mizz Nina pula kembali mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap dan penulis lirik dari Seattle, Amerika Syarikat berketurunan Maghribi, Essam Muhammad pada suku kedua 2023.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan Noh mendakwa bekas isterinya, Mizz Nina bukanlah satu-satunya penjaga sah ke atas anak angkat mereka, Musa.

Noh atau nama sebenarnya, Muhammad Noh Salleh mendakwa, sehingga hari ini, Mizz Nina gagal tunjuk akuan berkanun atau dokumen sokongan lain yang mengesahkannya penjaga tunggal, sekali gus menafikan dirinya antara penjaga sah.

“Ibu kandung Musa membenarkan saya menjaganya menerusi akuan berkanun yang dia sendiri serahkan kepada saya.

“Kami sudah buktikan dan tunjuk surat kepada Mizz Nina. Nama saya juga dinyatakan sebagai penjaga sah Musa dalam dokumen yang saya sendiri daftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tanpa ditemani Mizz Nina. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >