Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

‘Mood’ Syawal terjejas dek banjir kilat di beberapa negeri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Hampir 500 penduduk dipindahkan di Melaka, Negeri Sembilan dan Lembah Klang

‘Mood’ Syawal terjejas dek banjir kilat di beberapa negeri

Apr 17, 2024 | 03:25 PM



KUALA LUMPUR: Walaupun ada negeri di Malaysia masih mengalami episod cuaca panas dan kering, beberapa kawasan di Melaka, Negeri Sembilan dan Lembah Klang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak 16 April.


Penduduk sedih selepas rumah dan harta benda mereka rosak akibat banjir yang berlaku mengejut dek kenaikan air mendadak selepas hujan lebat di beberapa lokasi terbabit, mentelah sedang umat Islam masih meraikan Syawal.

Di Selangor dan Negeri Sembilan, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berikutan banjir menenggelami beberapa kawasan di dua negeri itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Encik Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata 374 mangsa daripada 88 keluarga dipindahkan ke dua PPS, menyusuli hujan lebat yang menjejas kawasan di Sungai Buloh dan Subang.

Di Negeri Sembilan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, mengatakan dalam satu kenyataan bahawa sebuah PPS dibuka di Balai Raya Permatang Pasir, Port Dickson.

Seramai 46 mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke situ.

Menurut laporan Berita Harian Malaysia, beberapa kawasan mengalami hujan lebat luar biasa sejak 6.30 petang 16 April, menyebabkan banjir kilat di Kampung Semarak dan Kampung Dato Mansor di Rahang; Kampung Ampangan, Kampung Batu Tiga Mambau dan Bukit Chedang, pusat bandar Seremban serta pusat perindustrian Sungai Gadut Senawang.


Pengerusi Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Semarak, Encik Hassan Hussin, 66 tahun, berkata sekurang-kurangnya 60 rumah penduduk kampung itu terjejas selepas hujan lebat berlarutan lebih tiga jam.

Di Melaka, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim, yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata 51 penduduk daripada 13 keluarga dari tiga kampung dipindahkan ke PPS setakat 8 pagi 17 April.

Menurutnya, hujan lebat lebih dua jam sejak 4 petang 16 April menyebabkan air parit dan sungai melimpah ke kawasan penempatan rendah.

Bagi mengelak sebarang risiko, beliau berkaat, 13 keluarga itu akur berpindah sementara ke PPS berkenaan yang diaktifkan pada 9 malam 16 April bagi memastikan keselamatan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >