Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

RM1b anggaran kerugian akibat banjir di M’sia

Mar 18, 2024 | 1:42 PM
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyampaikan sumbangan Ramadan pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Sultan Mahmud di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu, pada 17 Mac.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyampaikan sumbangan Ramadan pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Sultan Mahmud di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu, pada 17 Mac. - Foto FACEBOOK ZAHID HAMIDI

DUNGUN (Terengganu): Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh Malaysia pada musim tengkujuh atau monsun timur laut pada 2023 dianggarkan hampir RM1 bilion ($0.28 bilion), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ketika ini Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) masih menilai jumlah sebenar kerosakan yang dialami akibat bencana itu.

“Secara kasar, kita menganggarkan kerosakan keseluruhan mungkin hampir RM1 bilion,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.

Beliau sebelum itu menyempurnakan Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Sultan Mahmud di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, serta Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Seri Ahmad Said.

Datuk Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata jumlah kerugian itu turut merangkumi kerosakan prasarana seperti jalan persekutuan yang sedang dibaiki Jabatan Kerja Raya dan jalan di luar bandar oleh KKDW.

“Bantuan membaik pulih rumah yang terjejas dan pengagihan bantuan kepada mangsa banjir juga disalurkan oleh Nadma kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat negeri serta daerah,” katanya.

Bagaimanapun Datuk Ahmad Zahid menzahirkan kekecewaan kerana berlaku pengagihan bantuan yang tidak sama rata di beberapa negeri tertentu pada musim banjir pada 2023.

Beliau mendakwa keadaan itu berlaku disebabkan perbezaan ‘warna’ politik sehingga menyaksikan individu yang layak dan sepatutnya menerima bantuan tidak disenaraikan.

“Saya fikir ini sesuatu yang harus dielakkan. Kita mahu wujudkan kesamarataan dan keadilan kepada semua mangsa, tetapi ia tidak berlaku di beberapa negeri tertentu,” katanya.

Beliau juga berkata semasa kempen pilihan raya, kerajaan negeri terbabit berjanji untuk tidak memilih ‘warna’ politik apabila menyalurkan bantuan bencana kepada rakyat, namun melakukan perkara sebaliknya selepas menang.

Sebelum ini Datuk Zahid dilaporkan berkata Malaysia bakal mengaplikasikan beberapa kaedah baru yang digunakan oleh Jepun dalam pengurusan bencana di negara itu, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan data raya bagi mengatasi masalah banjir.

Beliau berkata pendekatan itu dilihat berkesan dalam menangani isu bencana alam, terutama dalam jangka panjang.

Datuk Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata usaha itu akan diselaraskan oleh Nadma dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg