Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Motor langgar dengan kereta Singapura di lorong kecemasan lebuh raya M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Motor langgar dengan kereta Singapura di lorong kecemasan lebuh raya M’sia

Feb 14, 2024 | 02:06 PM



JOHOR: Sebuah kereta berwarna biru dengan nombor plat berdaftar Singapura telah ditangkap dalam rakaman ‘dashcam’ (kamera papan pemuka) sedang membelok ke lorong kecemasan di sebuah lebuh raya di Malaysia.

Dalam klip video yang dikongsi oleh netizen Faizuli-Tai Fai- dalam kumpulan Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers pada 12 Februari, kereta itu dilihat sedang membelok secara perlahan-lahan ke lorong dari belakang sebuah bas.







Sebuah motosikal yang kelihatan memecut laju di lorong kecemasan merempuh kereta itu dan kedua-dua penunggang dan pembonceng tercampak dari kenderaan mereka.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan.

Menggunakan lorong kecemasan untuk memotong lalu lintas adalah haram. Mereka yang melanggar Seksyen 119 Akta Pengangkutan Darat 1987 Malaysia akan didenda sehingga RM2,000 ($562) atau penjara sehingga enam bulan.

Warganet mengecam pemandu dan penunggang kerana cuba mengatasi kesesakan melalui lorong kecemasan. Ramai yang berkongsi bagaimana mereka telah menyaksikan kemalangan maut di lorong kecemasan kerana pemandu kenderaan tersalah anggap hanya mereka saja di lorong dan tidak memantau kelajuan.

Pada masa yang sama, ramai warganet juga menyatakan rasa tidak senang mereka terhadap pemandu Singapura, yang mereka dakwa tidak mengambil kira undang-undang jalan raya.

Seorang penunggang motosikal yang meninggalkan komen Encik Fariz Abd Jalil yang dipercayai dari Malaysia berkata:

“Pengalaman saya bawa motor cc yang tak berapa besar, memang saya tidak guna laluan kecemasan. Sebab inilah jadinya. Sentiasalah peka bila menunggang di lebuhraya…”

Encik Wellson Chin Kar Wei pula berpendapat kemalangan ini adalah salah kededua pihak:

“Ni kenapa (kereta) bangang sangat main masuk saja. Tak perhati betul-betul ke ada motor atau tidak? Buang saja lah side mirror tu. Motor tu sekurang-kurangnya kalau dia perlahan sedikit boleh sempat ‘brake’ lagi tu, tengok video tu, macam tak ‘brake’ aje…”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >