KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat pencapaian baharu dalam sektor pelancongan pada suku pertama 2026, apabila menerima lebih 10.6 juta pelawat antarabangsa, angka tertinggi pernah direkodkan bagi tempoh tersebut.

Malah, Malaysia juga merekod tahun kedua berturut-turut melepasi 10 juta ketibaan pelancong dalam tempoh tiga bulan pertama 2026.