Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

M’sia di tangga pertama negara membangun terbaik untuk pelaburan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia di tangga pertama negara membangun terbaik untuk pelaburan

Mar 15, 2024 | 02:20 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia disenaraikan di tangga pertama sebagai negara yang mempunyai persekitaran pelaburan terbaik secara keseluruhan dalam kalangan negara membangun dan sedang pesat membangun (E&D) Asia.


Senaraian itu berdasarkan Indeks Peluang Global (GOI) 2024, oleh badan pemikir ekonomi Amerika Syarikat, Milken Institute.

Di peringkat sejagat, secara keseluruhan, Malaysia berada di kedudukan ke-27, mendahului Thailand (37) dan China (39).

Mengulas mengenai pencapaian itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata ia adalah bukti kepada usaha Malaysia dalam mempertingkat kemudahan menjalankan perniagaan dan menangani kekangan utama yang dihadapi oleh pelabur.

“Kami amat gembira dengan pengiktirafan ini yang mencerminkan fokus kami kepada pelaksanaan pelaburan yang diluluskan secara cekap.

“Pengiktirafan ini akan mendorong kami ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk membantu pelabur menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk mereka ke Asia,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Menurut laporan itu, E&D Asia mempunyai GOI ketiga terbesar antara negara-negara dalam kalangan rantau E&D.

Menurutnya empat daripada 10 negara teratas dalam kedudukan E&D Asia mengatasi purata keseluruhan E&D dalam lima kategori GOI.

“Kategori tersebut ialah persepsi perniagaan, asas ekonomi, perkhidmatan kewangan, rangka kerja institusi serta piawaian dan dasar antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Milken Institute berkata Malaysia, negara yang mempunyai persekitaran pelaburan terbaik di rantau ini menunjukkan prestasi yang ketara mengatasi purata E&D dalam perkhidmatan kewangan dan rangka kerja institusi.

“Prestasi luar biasa Malaysia dalam rangka kerja institusi sebahagiannya disebabkan hak pelabur yang kukuh, berada di kedudukan kelima secara keseluruhan dalam subkategori GOI ini.

“Selain Malaysia, China sebagai ekonomi terbesar di rantau ini, mencatatkan skor yang ketara melebihi purata E&D dalam akses kewangan serta saiz dan persekitaran kewangan, kededua subkategori itu termasuk dalam perkhidmatan kewangan,” katanya.

Milken turut mendapati E&D Asia mencatatkan prestasi yang baik dalam perkhidmatan kewangan dengan purata skornya dalam kategori itu hampir dengan E&D Eropah dan mendahului rantau E&D lain.

“Rantau ini termasuk Malaysia yang mempunyai persekitaran pelaburan terbaik (berdasarkan skor GOI tertinggi) dalam kalangan semua ekonomi E&D.

“Selain persepsi perniagaan dan perkhidmatan kewangannya yang kukuh, Malaysia berada di kedudukan yang agak tinggi dalam kategori rangka kerja institusi, sebahagiannya disebabkan hak pelabur yang kukuh di negara ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >