Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

M’sia lulus jumlah pelaburan RM330b pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia lulus jumlah pelaburan RM330b pada 2023

Feb 23, 2024 | 11:12 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan yang tertinggi dalam sejarah negara bernilai RM329.5 bilion ($92.6 bilion) pada 2023, iaitu 23 peratus lebih tinggi berbanding 2022.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata daripada jumlah pelaburan tersebut, pelaburan asing adalah penyumbang utama iaitu sebanyak 57.2 peratus berbanding pelaburan domestik 42.8 peratus.

“Prestasi cemerlang ini disokong oleh peningkatan sebanyak 35.1 peratus bagi pelaburan domestik dan sebanyak 15.3 peratus bagi pelaburan asing.

“Secara tidak langsung, ini merupakan satu petanda bahawa dasar mesra pelaburan dan mesra perniagaan yang dilaksanakan menerusi pendekatan seluruh Kerajaan telah mula membuahkan hasil dalam meningkatkan keyakinan pelabur,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata jumlah pelaburan yang diluluskan itu membabitkan 5,101 projek dan berpotensi mewujudkan lebih 127,000 peluang pekerjaan baru kepada rakyat dan negara.

“Sektor perkhidmatan merekodkan pelaburan tertinggi dengan menyumbang lebih separuh (51.1 peratus) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan iaitu RM168.4 bilion.

“Diikuti oleh sektor perkilangan sebanyak RM152.0 bilion (46.1 peratus) dan sektor utama lain sebanyak RM9.1 bilion (2.8 peratus),” katanya memaklumkan rekod pelaburan itu dibentang dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) pada 22 Februari.

Datuk Anwar berkata landskap pelaburan negara yang memperlihatkan prestasi yang amat memberangsangkan ini juga mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi negara sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan Madani.

Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat MPN juga membincangkan mengenai hala tuju pelaburan digital negara, selaras dengan perkembangan sektor ekonomi digital yang semakin pesat dan merupakan antara sektor ekonomi yang penting dalam memperkukuhkan agenda pelaburan negara.

Ekonomi digital di Malaysia yang menyumbang sebanyak 23.2 peratus kepada Hasil Dalam Negara Kasar (GDP) pada 2021, diunjurkan meningkat kepada 25.5 peratus menjelang 2025.

Bagi tempoh 2021 hingga 2023, sebanyak 396 projek berkaitan digital sudah diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM128.9 bilion, yang merangkumi projek yang diluluskan melalui Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI).

“Pelaburan dalam projek digital ini dijangka mewujudkan peluang pekerjaan kepada 36,553 rakyat tempatan. Antara pelaburan digital yang diluluskan adalah dalam sektor pusat data, pengkomputeran awan, pengehosan data, analisis data besar, dan kecerdasan buatan,” katanya.

Kata beliau kehadiran syarikat digital terkemuka dunia dan peneraju pasaran global di Malaysia juga memberi isyarat penting bahawa Malaysia mempunyai tarikan dan ekosistem pelaburan yang kondusif untuk pelaburan digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >