Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia: Gambar bapa hilang 5 anak masa tsunami 2004 disalah guna

May 6, 2025 | 7:07 PM
Gambar Encik Mohd Zulkifli Mohd Noor tular dengan kapsyen gurauan yang tidak ada kena mengena dengan hal sebenar yang melandanya.
Gambar Encik Mohd Zulkifli Mohd Noor tular dengan kapsyen gurauan yang tidak ada kena mengena dengan hal sebenar yang melandanya. - Foto TANGKAP LAYAR/INTERNET

PULAU PINANG: Dalam era digital yang serba pantas ini, nilai adab dan empati dalam kalangan masyarakat dilihat semakin terhakis apabila gambar seorang lelaki yang sedang menangis pilu akibat kehilangan lima orang anak dalam tragedi tsunami 2004 telah disunting dan disalah guna individu yang tidak bertanggungjawab.

Lebih mengecewakan lagi, gambar itu turut dijadikan bahan gurauan di media sosial.

Perbuatan sedemikian mencerminkan sikap segelintir individu yang sanggup meraih hiburan tanpa mengambil kira latar belakang dan penderitaan sebenar insan dalam gambar berkenaan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Syed Mohamad Nazli Syed Ahmad Jamalullail, wajah dalam foto tersebut ialah Zulkifli Mohd Noor dari Pondok Upeh dekat Balik Pulau, Pulau Pinang, lapor laman Majoriti.

Tulisnya, pada waktu kejadian, gambar rakannya itu dirakam dalam keadaan sugul ketika berkongsi detik hitam yang meragut nyawa keluarganya pada wartawan.

“Gambar itu dirakam sewaktu saudara Zul berkongsi kisah pilu kehilangan anak-anaknya dalam tragedi tsunami. Ia bukan gambar biasa untuk dijadikan bahan gurauan.

“Lima anak Zulkifli yang terkorban dalam tragedi tersebut ialah Siti Nurain, 17, Mohd. Shukri, 12, Siti Nur Shuhada, 10, Siti Nur Atikah, 9, dan Siti Suraya, 5.

“Hanya dua anaknya terselamat iaitu Siti Fairuz, 16, dan Siti Zulaikha, yang ketika itu baru berusia satu tahun,” katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg