Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

M’sia hadapi risiko kanak-kanak bantut: Tinjauan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia hadapi risiko kanak-kanak bantut: Tinjauan

Hampir 500,000 kanak-kanak bawah usia lima tahun di M’sia berdepan masalah bantut, berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022
Dec 25, 2023 | 12:24 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan risiko mempunyai generasi muda yang terbantut tumbesaran masing-masing, jika tiada tindakan diambil bagi menangani isu pemakanan dan diet mereka.

Hampir 500,000 kanak-kanak bawah usia lima tahun dikenal pasti berdepan masalah bantut di Malaysia, lapor Berita Harian Malaysia. 

Kanak-kanak dikategorikan sebagai bantut apabila tidak mencapai ketinggian sepatutnya mengikut usia mereka, berdasarkan carta pertumbuhan panjang atau tinggi untuk usia seperti disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pakar pemakanan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Hamid Jan Jan Mohamed, berkata masalah bantut membabitkan 500,000 kanak-kanak boleh diatasi sekiranya semua pihak mengambil berat pengambilan protein berasaskan haiwan dalam diet harian, terutama si kecil berusia kurang lima tahun.

Pengambilan zat makanan seimbang bukan sahaja membolehkan tumbesaran atau ketinggian mengikut umur lebih baik, tetapi berupaya mengelakkan obesiti dalam kalangan kanak-kanak,” kata Dr Hamid Jan Jan Mohamed, Pakar pemakanan dari USM


Beliau berkata, sekiranya penekanan pengambilan protein diberikan kepada golongan berkenaan dalam tempoh lima tahun kelahiran, kesannya boleh dilihat bagi tempoh 10 tahun akan datang.

“Ibu bapa perlu memastikan anak mendapat keperluan protein mencukupi seperti mempelbagaikan hidangan berasaskan ayam, daging, telur, susu, dadih serta keju, bagi membolehkan tumbesaran tulang pada tahap optimum.

“Pengambilan zat makanan seimbang bukan sahaja membolehkan tumbesaran atau ketinggian mengikut umur lebih baik, tetapi berupaya mengelakkan obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

“Ia berikutan pengambilan makanan mereka lebih terkawal berbanding makan mengikut selera lebih-lebih lagi terlebih mengambil karbohidrat yang berisiko mengakibatkan kegemukan,” katanya kepada BH.

Data terbaru berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 mendedahkan, anggaran populasi bantut bawah usia lima tahun di negara ini adalah seramai 498,327 orang atau 21.2 peratus bersamaan satu dalam lima kanak-kanak mengalami masalah ketinggian.

Daripada data itu, Selangor mencatatkan populasi bantut tertinggi dengan seramai 110,480 orang, diikuti Sabah dan Labuan (69,627); Johor (48,725) dan Kedah (41,168).

Hasil Tinjauan NHMS menunjukkan peningkatan prevalen bantut sebanyak 4.1 peratus iaitu daripada 17.7 peratus (NHMS 2015) kepada 21.8 peratus (NHMS 2019).

Mengulas lanjut, Dr Hamid Jan berkata, masalah bantut itu boleh dielak walaupun ada faktor genetik yang mana purata ketinggian penduduk lelaki dan wanita di negara ini hanya di antara 150 hingga 160 sentimeter (cm) yang menyumbang kepada ketinggian anak.

“Keadaan itu tidak jauh berbeza walaupun ketika COVID-19 melanda tiga tahun lalu, kerana NHMS 2022 tidak menunjukkan kesan signifikan kepada masalah bantut kerana isu itu berlarutan sejak sebelumnya lagi.

“Bagaimanapun, kajian evolusi 100 tahun yang diterbitkan satu jurnal memperlihatkan rakyat Denmark menunjukkan peningkatan ketinggian signifikan, selain negara Asia, Korea dan Jepun juga menunjukkan peningkatan purata ketinggian memberangsangkan.

“Ia kerana rakyat negara terbabit mengambil protein yang tumbesaran tulang yang mencukupi,” katanya.

Justeru, katanya kanak-kanak mengalami masalah itu perlu dikenal pasti sebelum lima tahun kerana ada kajian membuktikan pengambilan susu, penyusuan penuh hingga enam bulan secara eksklusif membantu pertumbuhan tulang secara optimum.

“Masalah bantut jarang dikesan awal tidak seperti gejala COVID-19, asma kerana lazimnya kanak-kanak bantut mereka aktif seperti yang lain, namun masalah ketinggian itu hanya disedari apabila anak memasuki Tahun Satu persekolahan, kanak-kanak akan dilihat rendah daripada rakannya.

“Ketika itu baru ibu bapa tersentak anak mereka tidak mencapai ketinggian sepatutnya dan sudah terlambat untuk mengeluarkan anak daripada risiko bantut dan kategori bantut,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu cakna kepada pemeriksaan rutin mengikut usia seperti temujanji klinik, kerana kanak-kanak bantut akan mengalami masalah obesiti dan penyakit tidak berjangkit lain berikutan mereka tidak dapat membesar atau tinggi.

“Justeru kanak-kanak bantut ini apabila remaja, mereka mudah menjadi obesiti serta menghidap penyakit lain kerana ketinggian terbatas dan akan membuatkan badan menjadi lebar (obesiti),” katanya.

Katanya, kebanyakan masalah bantut disebabkan kadar penyusuan susu ibu yang rendah, faktor kedua ibu bapa bekerja atau dijaga orang lain seperti dihantar ke taska, dijaga datuk nenek serta makanan pelengkap yang tidak sihat diberi dalam tempoh dua tahun pertama.

“Begitu juga tahap sosioekonomi keluarga, lokasi tempat tinggal, hingga ada kanak-kanak tidak dapat makanan berkhasiat disebabkan kemiskinan.

“Malah, ada mengalaminya daripada keluarga berpendapatan tinggi kerana dari kanak-kanak mereka cerewet atau memilih makanan tertentu seperti karbohidrat hingga tidak tinggi tetapi berlebihan berat badan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >