Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

M’sia: Penyedia katering lesap, keluarga pengantin gotong-royong selamatkan majlis walimah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia: Penyedia katering lesap, keluarga pengantin gotong-royong selamatkan majlis walimah

Dec 27, 2023 | 10:13 PM



SEREMBAN: Kad jemputan sudah diagih, dewan acara pun telah ditempah.

Tetapi genap sehari sebelum majlis persandingan bermula selepas sepasang pengantin di Negeri Sembilan bernikah, tempat acara yang sepatutnya menyambut hari bersejarah pasangan itu dengan penuh kebahagiaan kelihatan muram.

Begitulah perasaan seorang abang pengantin perempuan, Encik Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31 tahun, yang sedih apabila penyedia khidmat katering, hiasan majlis, pelamin dan makanan, lesap sebelum acara persandingan adiknya berlangsung pada 24 Disember di Maktab Rendah Sains Mara Sering, Jempol, Negeri Sembilan.

“Anda bayangkan semalam kosong, ini pun kita masak sendiri,” keluhnya dalam satu video tular di TikTok, sambil menunjuk dewan acara yang sedang disediakan ahli keluarga dan sanak saudara pada saat-saat terakhir sebelum majlis bermula.

Tanpa berputus asa, menurut Encik Burhanuddin, keluarga beliau telah bergotong-royong menyediakan makanan, hiasan majlis, sistem bunyian dan pelamin dalam masa suntuk itu demi menyelamatkan majlis adik tersayang.




@najmudin.shukor

Sebak. Sebab semua tak jangka kita bole handle. #abangsoya

♬ original sound - ABANG SOYAAA - ABANG SOYAAA



Dalam video yang diterbit pada 25 Disember itu – yang mencatatkan lebih 6.5 juta tontonan – Encik Burhanuddin kelihatan sebak mengongsi pengalaman mengecewakan itu pada pagi hari persandingan tersebut.

Beliau menunjuk kepada periuk nasi yang terletak di lantai dan berkata keluarganya telah memasak nasi bagi tetamu.

Kemudian beliau menunjukkan jarinya kepada seorang lelaki di atas pentas pelamin, yang dikatakan ialah abangnya yang sedang menyediakan sistem bunyian.

Abang ipar dan adik-beradiknya lain pula membantu menyediakan meja dan kerusi plastik, dipinjam dan disewa daripada pelbagai pihak pada saat-saat terakhir.

“Ini memang sebak gilalah. Tadi masa ais sampai, orang ais tu pun macam terkejut gila. Lepas itu beliau beri ais lebih,” keluh Encik Burhanuddin memulakan video itu dengan menahan sebak.

“Dok aku tak boleh dok...

“Korang doakanlah, semoga adik aku dipermudahkan urusannya. Sumpah aku sedih,” tambahnya kelihatan matanya dibasahi air matanya.







Dalam satu wawancara bersama akhbar Malaysia, Harian Metro, keluarga Encik Burhanuddin dikatakan kerugian lebih RM13,000 ($3,712) melibatkan kos bagi seramai 1,000 tetamu, yang sudah dibayar kepada penyedia khidmat katering dipercayai beralamat di Shah Alam, Selangor.


Beliau mendakwa keluarganya telah ditipu penyedia khidmat itu.

Encik Burhanuddin berkata kepada akhbar itu mereka telah cuba menghubungi penyedia khidmat katering itu sehingga malam majis, tetapi tidak dibalas.

Disebabkan itu, keluarganya terpaksa berpecah-belah dalam beberapa kumpulan untuk membuat persiapan. Ada yang memasak, dan ada yang mencari bantuan untuk meminjam kerusi daripada pihak surau bagi menyediakan tempat acara majlis perkahwinan itu.

Menurutnya, keluarganya cuma mampu siapkan makanan cukup bagi anggaran 400 tetamu, itu pun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman.




@najmudin.shukor

Belum cukup meriah. Ade part yg lagi meriah. Korang saba jap aku nak edit #abangsoya

♬ original sound - ABANG SOYAAA - ABANG SOYAAA



Mujur kesemuanya berjaya siap sepenuhnya sekitar 11 pagi. Dalam video berasingan dimuat naik Encik Burhanuddin, tetamu kelihatan tiba di dewan acara sejam kemudian.

“Kami harungi hari besar adik kami dengan sebaiknya. Kami buat semua sendiri. Dalam kesedihan kami atasi semuanya dengan semangat. Kami yakin kami boleh buat,” katanya lagi kepada Harian Metro.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.

“Walaupun hanya ada satu lauk. Malah, ada yang datang taja apam balik, popcorn, kuih muih. Semua datang dan buat dengan penuh kasih sayang. Allah Maha Kaya, sampai habis majlis lauk masih ada. Tak habis pun. Syukur semuanya cukup,” ujarnya lagi.


Encik Burhanuddin berkata keluarganya telah melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Tonton rakaman ‘kemuncak majlis’ apabila mempelai memasuki dewan acara dalam suasana penuh meriah dijayakan keluarga tersayang:




@najmudin.shukor

Replying to @Frost Chump kemuncak majlis yang gilang gemilang! #abangsoya

♬ original sound - ABANG SOYAAA - ABANG SOYAAA

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >