Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pengantin perempuan buat persembahan gitar solo depan pelamin semasa majlis walimah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pengantin perempuan buat persembahan gitar solo depan pelamin semasa majlis walimah

Dec 27, 2023 | 07:47 PM



SHAH ALAM: Sejak berusia 11 tahun, Cik Nureen Qistina Hermy, telah membesar dalam dunia muzik sehingga mahir dalam permainan alat muzik gitar.


Kehandalannya bermain alat muzik berkenaanditunjukkannya dalam beberapa video yang kerap dimuat naik di akaun TikTok beliau di mana wanita itu menghasilkan ‘cover’ bermacam jenis lagu termasuk lagu ‘rok kapak’.

Bakatnya kemudian dicungkil kumpulan rok Malaysia, Xpose Band, yang mana beliau aktif bersama mereka sejak 2021 hingga April 2023.

Jadi bukanlah perkara aneh apabila Cik Nureen, 29 tahun – berpakaian gaun kahwin – muncul dengan gitar berbentuk Les Paul buatan Gibson itu di depan pelamin untuk membuat persembahan gitar ‘solo’ bagi tetamunya pada hari beliau melangsungkan perkahwinannya pada 23 Disember.







Persembahan itu, telah tular di platform media sosial, dalam satu video dimuat naik seorang saudaranya hingga mencatatkan lebih 1.1 tontonan sehingga artikel ini ditulis.

Dalam video itu Cik Nureen, berpakaian gaun berwarna putih memainkan lagu klasik berjudul ‘Canon’ dengan gitar berwarna ‘sinaran tembakau’ (tobacco sunburst) itu.

Tetamu dalam majlis itu, kelihatan sibuk merakam persembahan tersebut, dengan beberapa hadirin kelihatan meluahkan rasa kagum apabila Cik Nureen mula memainkan rentak yang dianggap sukar dan laju.







Apabila dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini, Cik Nureen, seorang guru gitar berkata, ia merupakan impian yang telah dipendamnya untuk mempersembahkan lagu khas buat kekasihnya.


Cik Nureen yang kini sedang berbulan madu di Turkey berkata beliau memainkan tiga lagu pada hari penuh bahagia itu; pertama lagu gubahan sendirinya buat suami bertajuk ‘Berjuta Bintang’, selain lagu berjudul Canon dan Sandiwara yang pernah didendangkan bersama bekas kumpulan yang pernah disertainya dahulu, Xpose Band.


Beliau tidak lagi aktif dalam kumpulan berkenaan sejak April, selepas kontraknya tamat.




@nureenqist

mohon support and check out Jejak Xpose on youtube 🙌🏻🔥

♬ original sound - Nureen Qistina - Nureen Qistina



“Dahulu saya pernah bertekad bahawa kalau saya melangsungkan perkahwinan saya akan mainkan satu lagu untuk suami saya kerana saya membesar dengan gitar sejak usia 11 tahun,” tulisnya dalam kirimannya kepada wartawan.

“Sejujurnya saya sediakan persembahan itu sendiri sebab nak kejutkan keluarga juga,” tambahnya.

Majlis beliau berlangsung di dewan acara Magica Events, Shah Alam, Selangor, dan dihadiri 500 tetamu.

Suami Cik Nureen, menurutnya, yang tidak ingin mendedahkan identiti beliau, turut merupakan seorang peminat gitar namun mempunyai kemahiran asas sahaja.

Mengulas tentang persembahan itu lagi, Cik Nureen berkata keluarga dan suaminya menyokong keputusannya untuk membuat persembahan itu.

“Keluarga dan suami sangat sporting, terutamanya ibu saya memang galakkan,” ujarnya.


“Saya bersyukur kerana keluarga menyokong saya.”

Apa yang membuat persembahan itu lebih istimewa ialah kisah di balik gitar yang digunakannya semasa persembahan itu.

Cik Nureen berkata gitar buatan Gibson, edisi khas ulang tahun ke-10 model gitar bentuk itu merupakan hadiah istimewa daripada ayahnya atas kecemerlangannya dalam bidang muzik sewaktu beliau masih menuntut pengajian muzik di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Shah Alam.

Tinjauan BH menerusi laman muzik mendapati harga jual semula gitar berkenaan, berada dalam lingkungan AS$5,731 atau $7,576.

Ayah Cik Nureen memberi hadiah itu selepas beliau meraih pencapaian senarai dekan semasa di sekolah, katanya.

“Masa belajar muzik di UiTM Shah Alam dulu, pensyarah suruh saya beli gitar baru sebab gitar yang saya pakai masa itu keadaan kayunya agak teruk sedikit,” tulisnya.

Dalam pada itu, Cik Nureen bercerita, beliau menetapkan syarat kepada ayahnya jika boleh mendapat hadiah daripadanya sekiranya beliau berupaya dinamakan dalam senarai dekan.

Beliau hanya meminta gitar berjenama sederhana sahaja pada ketika itu.

“Lepas saya capai senarai dekan, ayah saya kejutkan saya dengan gitar itu sedangkan saya minta yang murah sahaja.

“Terima kasih papa,” katanya lagi.

Tonton video penuh persembahan gitar solo khasnya di sini:




@cheahcheih

Performance by my cousin at her own wedding 🔥🔥@Nureen Qistina

♬ original sound - Syerah - Syerah

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >