Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia perkenal sistem tukar tempat khidmat ‘suka sama suka’ buat petugas kesihatan

Oct 1, 2025 | 2:03 PM
M’sia, jururawat, sistem tukar suka sama suka,
Jururawat akan menjadi perintis program pertukaran, ‘suka sama suka’, yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia. - Foto hiasan NSTP

PUTRAJAYA: Petugas kesihatan dalam skim perkhidmatan yang sama di Malaysia tidak lama lagi akan dapat menukar penempatan sesama sendiri dengan lebih mudah untuk berpindah ke kemudahan kesihatan atau pertukaran negeri.

Ia menyusuli langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan wadah digital bagi pertukaran penempatan secara suka sama suka – dikenali sebagai Sistem Pertukaran Suka Sama Suka yang dijangka mula beroperasi pada Oktober.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata tahap pertama akan bermula dengan jururawat.

“Platform Suka Sama Suka kami akan dilancarkan tidak lama lagi, dan ia akan menjadi medan ujian sebenar untuk jururawat.

“Sistem ini dibangunkan secara dalaman. Mereka telah melakukan beberapa ujian ketahanan ke atasnya.

“Kita akan benar-benar dapat melihat bagaimana ia berfungsi tidak lama lagi... dan saya amat gembira dengan perkembangan ini,” katanya, lapor The Star.

Dengan adanya wadah Suka Sama Suka, seorang jururawat yang berminat untuk bertukar penempatan hanya perlu log masuk ke dalam sistem dan mencari jururawat lain dalam skim sama yang juga berminat untuk bertukar.

Mereka boleh menapis carian berdasarkan negeri, kemudahan serta jawatan yang dikehendaki dan sistem kemudian akan memadankan dua calon tersebut untuk memudahkan pertukaran penempatan.

Di bawah sistem itu, pegawai dengan lantikan tetap hanya boleh bertukar dengan staf tetap lain, manakala mereka yang berkhidmat secara kontrak hanya boleh bertukar dengan staf kontrak lain.

Petugas kesihatan yang terlibat dalam pertukaran juga mesti mempunyai pengkhususan perubatan yang sama.

Pegawai yang permohonannya telah diluluskan tidak boleh membatalkan permohonan tersebut dan permohonan baru hanya boleh dikemukakan selepas dua tahun.

Mereka juga mesti melaporkan diri secara serentak dengan kakitangan yang terlibat sama dalam pertukaran mereka dan pemindahan itu akan dibatalkan sekiranya salah seorang gagal melapor diri di tempat kerja baru.

Mengulas mengenai perkembangan ini, Presiden Kesatuan Jururawat Malaya, Cik Saaidah Athman, berkata proses pertukaran akan menjadi lebih telus dengan adanya sistem sedemikian.

“Pemohon boleh melihat berapa ramai orang telah memohon untuk penempatan yang sama. Suka Sama Suka tidak akan membebankan kakitangan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg