Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia: Rangka manusia ditemui di ladang kelapa sawit, milik lelaki dilapor hilang pada Mac

May 22, 2024 | 12:14 AM
Pada 29 April lalu, rangka manusia daripada pinggul hingga kaki ditemui di dalam parit kering dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 warna biru.
Pada 29 April lalu, rangka manusia daripada pinggul hingga kaki ditemui di dalam parit kering dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 warna biru. - Foto BHM

Tampin: Polis di Malaysia mengesahkan rangka yang ditemui di ladang kelapa sawit dekat Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan, pada April adalah milik seorang lelaki yang terdahulu dilaporkan hilang pada Mac.

Lelaki berkenaan bernama Muhammad Syafiq Salehin, berusia 33 tahun, dilaporkan hilang pada 25 Mac lalu, lapor Berita Harian Malaysia.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, ia hasil laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas rangka yang ditemui.

“Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan rangka manusia bersama sebuah motosikal dekat sebuah ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelemah, jam 2.50 petang 29 April lalu.

“Turut ditemui tali pinggang dan topi keledar. Rangka dihantar ke Bilik Mayat Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan ujian DNA,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, laporan DNA mengesahkan rangka itu adalah milik Muhammad Syafiq Salehin yang dilaporkan hilang terdahulu.

Katanya, kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Pada 29 April lalu, media melaporkan, rangka manusia daripada pinggul hingga kaki ditemui di dalam parit kering dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 warna biru.

Terdahulu pada Mac, polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki yang diklasifikasikan sebagai orang hilang selama lima hari.

Amiruddien dilaporkan berkata, Muhamad Syafiq yang menetapkan di Kampung Paya Lebar, Air Kuning Selatan, Negeri Sembilan, disedari hilang oleh isterinya sebelum membuat laporan kehilangan itu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg