Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia rekod kematian pertama Covid-19 bagi 2025

Jun 20, 2025 | 2:11 PM
covid-19, malaysi, kematian, 2025
Orang ramai digalakkan memakai penutup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. - Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan satu kes kematian akibat Covid-19, yang pertama pada 2025.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes membabitkan individu yang mempunyai komorbiditi serius iaitu penyakit jantung dan kencing manis serta tidak menerima dos penggalak kedua.

KKM berkata keadaan itu menunjukkan penurunan ketara berbanding 57 kes kematian Covid-19 yang direkodkan pada 2024.

“Kes kematian terakhir akibat Covid-19 sebelum ini adalah pada 26 Mei 2024.

“ni menunjukkan keberkesanan pelaksanaan langkah kawalan oleh KKM,” kata KKM dalam kenyataan pada 19 Jun.

KKM memaklumkan keadaan semasa Covid-19 di Malaysia kekal terkawal dan di bawah paras amaran kebangsaan, walaupun kes Covid-19 meningkat 68 peratus iaitu kepada 3,379 kes pada Minggu Epidemiologi (ME24) berbanding 2,011 pada minggu sebelumnya.

“Ini adalah hasil pemantauan berterusan dan intervensi kesihatan awam yang berkesan,” kata KKM.

KKM memaklumkan 21,738 kes Covid-19 dilaporkan secara kumulatif sehingga ME24 dengan purata mingguan kekal sekitar 900 kes.

Pada ME24, sebanyak enam kes Covid-19 dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) melibatkan individu yang mempunyai komorbiditi iaitu golongan rentan dengan penyakit sedia ada seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, dyslipidemia, penyakit jantung dan sindrom Down.

KKM turut menyeru rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia agar mendapatkan vaksinasi mengikut keperluan sempena Program Imunisasi Kebangsaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg