Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

M’sia rugi RM14.3b dek jenayah komersial dalam tempoh 5 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia rugi RM14.3b dek jenayah komersial dalam tempoh 5 tahun

Jan 05, 2024 | 11:11 AM



KUALA LUMPUR: Sejumlah RM14.3 bilion ($4.09 bilion) nilai kerugian membabitkan kes jenayah komersial direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh lima tahun antara 2019 dengan 2023.


Ia melibatkan sejumlah 156,029 kes jenayah komersial, dengan analisis menunjukkan jumlah kes meningkat saban tahun iaitu yang tertinggi melonjak sehingga 33.3 peratus pada 2023.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pada 2019, sebanyak 26,330 kes dicatatkan membabitkan kerugian RM6.2 bilion.

Kes meningkat pada 2020 dengan 27,323 kes (kerugian RM2 bilion); dan seterusnya 31,490 kes direkodkan pada 2021 dengan kerugian RM2.2 bilion.

“Bagi tempoh 2022, jumlah kes terus meningkat kepada 30,536 dengan kerugian RM1.7 bilion dan angka melonjak pada 2023 dengan 40,350 kes membabitkan kerugian RM2.1 bilion.

“Dari aspek nilai kerugian, sepanjang 2019 hingga 2022 tahun lalu (2023), jumlah kerugian dicatatkan sudah mencecah RM14.3 bilion membabitkan 156,029 jumlah kes keseluruhan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia pada 4 Januari.


Mengulas analisis kes dan kerugian pada 2023, Datuk Ramli berkata jenayah terbabit merangkumi kes tipu dalam talian mendominasi dengan jumlah kes 36,030 daripada keseluruhan 40,350 kes membabitkan kerugian RM1.6 bilion.

“Kes lain, pecah amanah jenayah dengan 1,215 kes (RM380.3 juta); salah guna hartanah dengan sebanyak 47 kes (RM2.5 juta); jenayah siber sebanyak 867 kes (RM35.6 juta), pemalsuan dengan 138 kes (RM6.8 juta); wang palsu 970 kes (RM385,467); ‘ah long’ 994 kes (RM5.4 juta) dan 89 kes lain dengan kerugian RM803,398 dan nilai keseluruhan kerugian RM2.1 bilion.

“Untuk kes tipu dalam talian, sebanyak 34,497 kes direkodkan membabitkan kerugian RM1.2 bilion bersamaan 85 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 11,473 jenayah e-dagang dicatat pada 2023 dengan kerugian RM204 juta, diikuti jenayah telekomunikasi (10,348 kes, kerugian RM353 juta); pelaburan tidak wujud (5,386 kes, kerugian RM472.1 juta); pinjaman tidak wujud (4,263 kes, kerugian RM105 juta) dan penipuan cinta atau ‘love scam’ (935 kes, kerugian RM43.9 juta).

Datuk Ramli berkata ledakan teknologi dan perkembangan dunia telekomunikasi membawa kesan besar khususnya dalam kewujudan pelbagai modus operandi penipuan baru.

“Perkembangan teknologi ini memberi kesan kepada peningkatan kes jenayah komersial dan ia memberi cabaran besar kepada JSJK kerana sepanjang lima tahun ini, jumlah pegawai penyiasat JSJK tetap sama,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >