Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sarang judi online diserbu, 40 ditahan

May 23, 2023 | 3:25 PM
SARANG JUDI: Tangkapan merangkumi 17 lelaki dan seorang wanita tempatan serta 15 lelaki dan enam wanita warga China yang menyediakan platform perjudian dalam talian yang menyasarkan warganegara Taiwan.
SARANG JUDI: Tangkapan merangkumi 17 lelaki dan seorang wanita tempatan serta 15 lelaki dan enam wanita warga China yang menyediakan platform perjudian dalam talian yang menyasarkan warganegara Taiwan. - Pixabay - lechenie-narkomanii

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sarang judi dalam talian dan pengurup wang digital tidak sah menerusi beberapa serbuan di Lembah Klang dan menahan seramai 40 individu yang disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan, pada Jumaat lepas.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata bahawa operasi itu dijalankan dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

“Tangkapan tersebut merangkumi 17 lelaki dan seorang wanita tempatan serta 15 lelaki dan enam wanita warga China.

“Sindiket ini didapati menyediakan platform judi dalam talian yang menyasarkan warga Taiwan.

“Pelanggan yang berminat bertaruh dikehendaki membuat pemindahan wang ke akaun keldai yang dipercayai berpangkalan di China,” kata Datuk Noorsiah dalam satu kenyataan, pada lewat malam Isnin.

Beliau berkata bahawa pelanggan sindiket itu akan diberi ‘point’ untuk membuat taruhan selepas pembayaran dibuat kepada akaun berkenaan.

Datuk Noorsiah berkata bahawa sindiket itu juga menjalankan khidmat pengurupan dengan menukar mata wang kripto Tether Token (USDT) dan menghantar semula mata wang itu ke China.

Beliau berkata bahawa antara yang dirampas dalam serbuan itu ialah 88 unit telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM29,587 ($8,716) dan AS$5,000 ($6,728), seketul jongkong emas, tiga kereta, tiga jam tangan, tiga beg tangan dan komputer pelbagai berjenama.

Semua suspek, yang berusia antara 20 dengan 58 tahun, direman enam hari bermula 20 Mei.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 429 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001,” katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg