Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhyiddin ambil berat terhadap semua rakyat M’sia

May 5, 2025 | 11:23 AM
Melayu, Perikatan Nasional, PN, Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan beliau kini pemimpin yang mengambil berat terhadap semua rakyat Malaysia dan pandangan lamanya mengenai keutamaan identiti Melayu sudah tidak relevan lagi dalam konteks semasa.

Berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin di Festival Perpaduan India di Pusat Konvensyen Midlands, Shah Alam, pada 4 Mei, mantan perdana menteri Malaysia itu menyatakan komitmen gabungannya untuk berlaku adil kepada semua kaum.

“Saya adalah orang Melayu Malaysia. Tapi, pemikiran saya tak pernah berfikir saya sebagai Melayu sahaja. Saya perlu mengambil kira orang Cina, India dan lain-lain. Sebab saya adalah pemimpin Malaysia.

“Saya pernah kata saya Melayu terlebih dahulu. Itu tak penting lagi, saya seorang Melayu prihatin dengan semua rakyat Malaysia,” katanya melalui program anjuran Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), salah satu komponen PN, lapor Malaysiakini.

Acara itu turut dihadiri pemimpin kanan PN termasuk Presiden Gerakan, Encik Dominic Lau; Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Takiyuddin Hassan: selain wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan bekas tokoh daripada Kongres India Malaysia (MIC) serta parti politik lain.

Tan Sri Muhyiddin pada 2010 pernah mengungkap kenyataan kontroversi dirinya “Melayu terlebih dahulu”.

“Mana boleh saya kata saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan Melayu di tempat kedua?

“Semua orang Melayu akan bidas saya... dan ini tak betul,” katanya ketika menjawat jawatan timbalan perdana menteri dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata pendirian tersebut sebagai maklum balas terhadap cabaran veteran Parti Tindakan Demokratik (DAP), Tan Sri Lim Kit Siang yang menyoal komitmen terhadap gagasan 1Malaysia.

Tan Sri Lim mendakwa Tan Sri Muhyiddin bercanggah dengan semangat inklusif yang dicanangkan oleh kerajaan ketika itu.

Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin ketika berucap pada 5 Mei berkata beliau terkejut dengan pandangan sebilangan rakan daripada masyarakat India yang menyatakan masyarakat tersebut kini tiada pemimpin tunggal yang mewakili mereka secara menyeluruh.

“Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan kawan-kawan saya yang kebetulan adalah orang India Malaysia. Mereka ini adalah masyarakat India yang berjaya.

“Saya tanya pada mereka apa terjadi kepada komuniti India, siapa pemimpin mereka?

“Mereka jawab tiada seorang pemimpin India pada masa ini, yang mewakili mereka, bagi saya ia sangat mengejutkan. Ini adalah sesuatu luar biasa,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg