Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhyiddin dilepas tuduhan salah guna kuasa; pendakwa akan rayu

Aug 15, 2023 | 3:38 PM
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN: Bebas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah RM232.5 juta ($68 juta) bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN: Bebas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah RM232.5 juta ($68 juta) bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia. - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Dalam satu perkembangan berkaitan kes rasuah membabitkan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mahkamah Tinggi Malaysia pada Selasa melepas dan membebaskan beliau daripada empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta ($68 juta) bagi parti itu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan itu.

Tan Sri Muhyiddin juga adalah pengerusi gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN).

Walaupun menerima keputusan mahkamah, Jabatan Peguam Negara (AGC) menyatakan ia akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu media bahawa mereka akan berbuat demikian pada petang Selasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg