Topic followed successfully
Go to BHkuMuhyiddin tegur Anwar guna label ‘bebal’ terhadap parti suarakan harga minyak
Muhyiddin tegur Anwar guna label ‘bebal’ terhadap parti suarakan harga minyak
Muhyiddin tegur Anwar guna label ‘bebal’ terhadap parti suarakan harga minyak
MUAR (Johor): Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengkritik kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta semua parti “tidak bebal tak tentu arah” ketika mengulas usaha kerajaan menangani kenaikan harga minyak akibat krisis tenaga global.
Mantan Perdana Menteri Malaysia itu menjelaskan, pandangan pembangkang mahupun penyokong kerajaan adalah bertujuan menyuarakan isu sebenar yang dihadapi rakyat.
“Tidak perlu guna bahasa yang tidak elok. Kritikan itu adalah suara yang menagih penyelesaian masalah.
“Beliau (Perdana Menteri) tidak sepatutnya membalas dengan kata-kata sebegitu.
“Sebaliknya, beliau harus menerima kritikan kerana ia datang bukan sahaja daripada pembangkang, tetapi penyokong kerajaan juga, yang turut meluahkan kemarahan.
“Kita tidak seharusnya melabelkan orang sebagai ‘bebal’ atau apa-apa sahaja yang tidak sopan.
“Dalam keadaan krisis begini, setiap pandangan, daripada sesiapa pun, harus dilihat sebagai maklumat berharga.
“Mereka menyuarakan pandangan tertentu, dan kerajaan wajib mengambil perhatian.
“Kita perlu bersikap terbuka, dan apa yang disuarakan itu adalah ikhlas, bertujuan membantu menyelesaikan masalah,” katanya lapor MalaysiaGazette.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar, selepas Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong di Kompleks Sukan Pagoh di sini, pada 5 April.
Tan Sri Muhyiddin menekankan bahawa sebagai Perdana Menteri, sikap terbuka dalam menerima kritikan perlu dijadikan cabaran, bukan dibalas dengan kata-kata kurang elok.
“Setiap pihak yang menyuarakan pandangan mempunyai pengalaman dan maklumat tertentu, yang seharusnya dijadikan rujukan kerajaan dalam mencari penyelesaian.
“Dalam krisis sekarang, sektor pengangkutan, pertanian dan perindustrian terjejas, justeru pengurusan yang cekap dan bijaksana amatlah diperlukan,” katanya.
Semalam, Datuk Anwar dilaporkan menegur pemimpin semua parti politik yang dilihat seakan menafikan usaha keras kerajaan dalam mengatasi kesan langsung ekonomi berhubung peningkatan harga minyak yang dialami negara, susulan krisis tenaga akibat konflik Asia Barat.
Menteri Kewangan itu menegaskan kerajaan sedang berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 ($0.63) seliter, serta menanggung subsidi diesel bernilai RM6 bilion sebulan bagi sektor tertentu.
Had subsidi RON95 juga telah diturunkan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, sebagai langkah penyesuaian terhadap kegawatan ekonomi.
“
“Tidak perlu guna bahasa yang tidak elok. Kritikan itu adalah suara yang menagih penyelesaian masalah... Sebaliknya, beliau harus menerima kritikan kerana ia datang bukan sahaja daripada pembangkang, tetapi penyokong kerajaan juga, yang turut meluahkan kemarahan.”
