Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Murid Tahun Tiga jadi yatim piatu akibat nahas, belum ketahui nasib timpa keluarga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Murid Tahun Tiga jadi yatim piatu akibat nahas, belum ketahui nasib timpa keluarga

Mar 03, 2024 | 11:40 AM



KUALA KRAI: Seorang murid Tahun Tiga yang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata susulan kemalangan yang mengorbankan ibu bapa dan dua adiknya, belum mengetahui sepenuhnya nasib menimpa individu kesayangannya itu.

Mangsa, Attar Azim Syukran Jamil, sembilan tahun, yang terselamat dalam tragedi itu sehingga kini masih dalam rawatan di Hospital Sultan Ismail Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

“Sebaik siap urusan bedah siasat, saya akan memberitahu Attar Azim situasi sebenar yang berlaku. Saya harap dia kuat dan tabah menerimanya,” kata bapa saudaranya, Encik Hisham Ab Hamid, 47 tahun.

Encik Hisham berkata, beliau akan meminta kebenaran pihak pengurusan hospital bagi membawa turun Attar Azim menggunakan kerusi roda untuk menatap wajah arwah ibu, ayah, serta dua adiknya buat kali terakhir.

“Attar Azim masih perlu dirawat di hospital dan dia ditemani nenek serta datuk sebelah arwah ibunya sejak dimasukkan ke dalam pada petang semalam.

“Saya berharap agar Attar Azim diberi kekuatan untuk menerima apa yang berlaku kerana dalam sekelip mata menjadi yatim piatu, namun kami semua akan menjaga serta menyayanginya,” katanya ketika dihubungi, pada 3 Mac.

Bercerita lanjut, Encik Hisham berkata, arwah adiknya, Encik Syukran Jamil Ab Hamid, bersama isterinya, Cik Noor Aishah Razali, kededuanya 35 tahun, serta tiga anak mereka dalam perjalanan pulang ke Perak selepas bercuti ke rumah keluarga mentuanya.

“Sepatutnya pada hari ini (3 Mac), kami sekeluarga berkonvoi ke Meru, Klang untuk menghadiri majlis kenduri saudara,” katanya.

“Sebaik mengetahui kejadian yang berlaku, kami sekeluarga bergegas ke Hospital Sultan Ismail Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

“Kami akan membawa jenazah arwah adik, isteri serta dua anaknya untuk dikebumikan di Felda Trolak, Perak,” katanya.

Media melaporkan sepasang suami isteri dan dua anak mereka maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi pada 2 Mac.

Dalam kejadian pada jam 1.40 tengah hari itu, pasangan suami isteri dan anak mereka yang maut di lokasi kemalangan ialah Encik Syukran Jamil Ab Hamid, Cik Noor Aishah Razali, dan Lufya Adeena Syukran Jamil, setahun.

Seorang lagi anak mereka, Ahya Rafiqi Syukran Jamil, enam tahun, meninggal dunia pada jam 3.15 petang pada 2 Mac ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra.

Bagaimanapun seorang lagi anak pasangan berkenaan, Attar Azim Syukran Jamil, terselamat dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >