Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mekanik baiki lori rosak di lebuh raya maut dirempuh kenderaan di Selangor

Feb 29, 2024 | 10:55 AM
Lokasi kemalangan yang mengorbankan seorang mekanik yang sedang membaiki lori rosak di Kilometer 434.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan, berhampiran susur masuk tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.
Lokasi kemalangan yang mengorbankan seorang mekanik yang sedang membaiki lori rosak di Kilometer 434.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan, berhampiran susur masuk tol Sungai Buaya, Hulu Selangor. - Foto POLIS DIRAJA MALAYSIA

HULU SELANGOR: Seorang mekanik yang sedang membaiki lori rosak maut dirempuh dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 434.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, berhampiran susur masuk tol Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang 28 Februari, mangsa berusia 60 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Terdahulu, lori itu yang dalam perjalanan dari Bukit Beruntung, Hulu Selangor, ke Kuala Lumpur mengalami kerosakan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim, berkata nahas membabitkan lori dua tan, kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dan lori Roll-On-Roll-Off (Roro).

“Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan penumpang kenderaan Mitsubishi Storm sedang membaiki lori Roro yang rosak di lokasi kejadian.

“Tiba-tiba, datang lori dua tan dipandu lelaki berusia 39 tahun dinaiki bersama dua kelindan disyaki hilang kawalan lalu melanggar belakang kenderaan pacuan empat roda itu yang diletak di belakang lori rosak,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Pada masa sama, Encik Ahmad Faizal berkata mangsa yang berada di hadapan kenderaannya dilanggar dan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian, manakala pemandu lori dua tan cedera di kepala dan badan serta dua kelindannya cedera ringan. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Selangor, untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan di Johor Bahru, seorang lelaki maut dirempuh kereta yang terbabas ketika mangsa sedang bekerja membaiki jalan di Jalan Senibong, Johor Bahru.

Kejadian dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 6.35 pagi 28 Februari dan jurucakap JBPM Johor memaklumkan, kemalangan membabitkan Perodua Alza yang terbabas dan merempuh seorang pekerja warga asing yang bertugas membaiki jalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg