Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahas bas di Perak: 7 masih dirawat di hospital

Jun 14, 2025 | 3:15 PM
Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI, nahas
Bas yang membawa seramai 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu, dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar Perodua Alza dan terbalik di KM53 JRTB, Gerik-Jeli, pada 9 Jun. - Foto BERNAMA

IPOH: Seramai tujuh mangsa yang cedera dalam nahas bas meragut nyawa seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, masih dirawat di tiga hospital kerajaan hingga 14 Jun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Timbalan Superintenden Muhammad Firdaus Abdullah, berkata empat pelajar dirawat di dua hospital – dua pelajar di Hospital Taiping dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, lapor media setempat.

“Tiga mangsa, iaitu seorang perempuan dan dua kanak-kanak penumpang kereta Alza yang turut terlibat dalam kemalangan itu masih menerima rawatan di Hospital Baling, Kedah.

“Setakat ini, mangsa lain yang dirawat telah dibenarkan pulang,” katanya.

Pada 9 Jun, bas membawa seramai 42 pelajar UPSI yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu, dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar Perodua Alza dan terbalik di KM53 JRTB, Gerik-Jeli, sehingga meragut 15 nyawa penuntut UPSI.

Kemalangan itu juga menyebabkan 33 lagi cedera dan dirawat di beberapa hospital sekitar Perak dan Kedah. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg