Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

‘Tunggu Attar di syurga ya keluarga’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Tunggu Attar di syurga ya keluarga’

Mar 04, 2024 | 01:51 PM



TANJUNG MALIM (Perak): Attar Azim Syukran Jamil, 9 tahun, satu-satunya yang terselamat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan ibu bapa dan dua adiknya meruntun hati ramai apabila meminta keluarga menantinya di syurga ketika menyiram pusara empat ahli keluarganya itu.


Attar Azim, menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapanya iaitu Allahyarham Syukran Jamil Ab Hamid dan Allahyarhamha Noor Aishah Razali, kedua-duanya berusia 35 tahun serta dua lagi adiknya, Ahya Rafiqi, enam tahun, dan Lufya Adeena, setahun, terkorban dalam nahas itu.

“Tunggu tau Attar di syurga. Nanti dah tak boleh peluk dah, sebab keluarga Attar dah pergi alam lain,” kata-kata Attar Azim semasa menyiram air ke atas pusara keluarganya,” lapor Berita Harian Malaysia.


Jenazah empat beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kelantan, pada 2 Mac itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara, Tanjung Malim, Perak, pada 3 Mac.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata ibu bapanya selalu berpesan berkenaan persediaan untuk memasuki Ramadan serta adab dengan orang tua.

“Abah kata, kena doa banyak-banyak supaya boleh puasa. Abah kata puasa tu best, ada banyak pahala tapi abah kata kena doa banyak-banyak. Ada orang yang tak dapat puasa, jadi dia tak dapat kumpul banyak pahala.


“Mak kata pula kalau belajar pandai, tapi tak hormat ibu bapa tiada guna,” katanya sebak semasa ditemui pemberita sejurus selesai pengebumian.

Terdahulu, jenazah empat beranak itu dibawa menaiki tiga van dari Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan, dan tiba di kediaman keluarga di Felda Trolak Utara, pada 9.30 malam, 3 Mac.


Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Jamek Al-Ridhuaniah dan disolatkan oleh lebih 200 jemaah, sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada 10.10 malam dan selamat dikebumikan 50 minit kemudian dalam satu liang lahad.


Dalam kejadian pada 1.40 tengah hari 2 Mac, Perodua Myvi dinaiki keluarga berkenaan bertembung dengan sebuah kereta Nissan March mengakibatkan mangsa maut di lokasi kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >