Sekurang-kurangnya 15 termasuk penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut, selepas bas yang dinaiki mereka terbalik dalam nahas dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak, awal pagi 9 Jun.
Tujuh lagi dilaporkan cedera parah dan dihantar ke Hospital Gerik, Perak, untuk mendapatkan rawatan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Perak, Encik Sayani Saidon mengesahkan mangsa yang maut membabitkan 14 pelajar UPSI dan seorang kelindan bas.
Difahamkan bas sewa khas terbabit membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu, ke universiti itu di Tajung Malim, Perak, selepas cuti perayaan Aidiladha.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengesahkan kemalangan membabitkan sejumlah 45 mangsa termasuk 43 pelajar UPSI Tanjung Malim, seorang pemandu dan seorang pembantu, selain empat lagi mangsa yang menaiki kenderaan MPV.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas dan menegaskan bantuan sewajarnya akan disalurkan kepada keluarga mangsa.
– Berita penuh menyusul


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg