Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Nahas pesawat di Selangor: Juruterbang dan pembantu juruterbang yang maut dikenal pasti

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Nahas pesawat di Selangor: Juruterbang dan pembantu juruterbang yang maut dikenal pasti

Pesawat ringan tiada kotak hitam; sukarkan lagi siasatan bagi cari punca nahas
Feb 14, 2024 | 05:11 PM



KLANG: Pelbagai kecederaan dikenal pasti sebagai punca kematian juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, Selangor, pada tengah hari 13 Februari.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Penolong Pesuruhjaya S Vijaya Rao, berkata dapatan itu diperoleh hasil proses bedah siasat terhadap dua mangsa berkenaan yang bermula kira-kira 10 pagi hingga 12 tengah hari 14 Februari.

“Hasil bedah siasat dilakukan di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mendapati punca kematian dua mangsa terbabit disebabkan pelbagai kecederaan akibat kemalangan pesawat.

“Selain itu, pemeriksaan terhadap cap jari mangsa turut mengesahkan identiti mereka sebagai Daniel Yee Hsiang Khoon, 31 tahun, dan Roshaan Singh Raina, 43 tahun,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HTAR, Klang, pada 14 Februari.


Encik Rao berkata punca nahas pesawat itu masih dalam siasatan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan sehingga 14 Februari, pihaknya sudah mengambil keterangan lima orang awam yang menyaksikan kejadian malang itu.

Sementara itu siasatan kejadian itu dijangka sukar berikutan pesawat ringan yang terhempas dan terbenam dua meter ke dalam tanah di kebun kelapa sawit di lokasi itu, dikatakan tidak mempunyai kotak hitam.

Menurut seorang pegawai agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, pesawat berkenaan juga dikatakan tidak dilengkapi kotak perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) serta Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).

Justeru, katanya siasatan bagi mengenal pasti punca pesawat berkenaan terhempas dilihat sukar dan berkemungkinan mengambil masa sehingga setahun.

Beliau berkata tiga bilah kipas yang berada di hadapan pesawat ringan itu dilihat sebagai punca pesawat boleh terbenam ke dalam tanah.

“Tiada kotak hitam, CVR, FDR. Malah GPS juga tiada... kalau ada boleh juga bantu siasatan,” katanya lapor BHM.

Terdahulu, proses membawa keluar kerangka badan termasuk kokpit pesawat ringan yang terbenam ke dalam tanah di kebun sawit berkenaan dilakukan menggunakan jengkaut.

Setakat 4 petang 14 Februari, antara yang telah dibawa keluar dari tempat kejadian ialah enjin dan serpihan kerangka badan pesawat.

Semua serpihan itu kemudian diletakkan ke dalam sebuah lori sebelum dihantar ke sebuah hangar berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor, untuk tindakan lanjut.

Cabaran lumpur yang terdapat di tapak kejadian menyebabkan kerja mengeluarkan bangkai pesawat agak sukar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >