Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sebuah pesawat kecil terhempas di Klang, Selangor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sebuah pesawat kecil terhempas di Klang, Selangor

Nasib dua orang termasuk juruterbang masih belum dapat dipastikan
Feb 13, 2024 | 05:27 PM



Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas dekat Kapar, Klang, Selangor dengan dua orang termasuk seorang juruterbang terlibat dalam nahas pada 13 Februari itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, pesawat malang dengan nombor pendaftaran I-POOC itu dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club.

Beliau berkata hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada 1.35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima.

“Terdapat dua orang termasuk seorang juruterbang dalam pesawat tersebut, namun keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya dalam satu kenyataan pada 13 Februari.

Datuk Norazman berkata pesawat kecil itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat,” katanya.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang menerima laporan kejadian pada 1.56 tengah hari telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat ke tempat kejadian untuk mengesan mangsa yang terlibat.

Setakat 5 petang 13 Februari, pasukan SAR masih belum menemui mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Encik Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya mengesahkan pesawat berkenaan terhempas dan terbakar.

“Kerja mencari mangsa sedang dijalankan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Insiden pesawat kecil terhempas dan berkecai yang mengejutkan penduduk kawasan sekitar terutama di Kampung Tok Muda, Kapar itu, tular di media sosial sejak 2 petang 13 Februari.

Seorang saksi yang juga penduduk Kampung Tok Muda, Encik Jinaidi Nasiran, 55 tahun, berkata beliau sedang menukar tayar kereta di luar rumah dan terkejut mendengar bunyi bising yang datangnya daripada sebuah pesawat ringan yang hilang kawalan.

“Saya terkejut dan menggeletar melihat sebuah pesawat hilang kawalan disusuli beberapa bunyi letupan sebelum pesawat itu terjunam ke tanah.

“Saya melihat pesawat itu hilang kawalan sebelum terjunam disusuli bunyi dentuman kuat.

“Saya kemudian ke lokasi itu (pesawat terjunam) yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah saya dan mendapati pesawat itu sudah terbenam ke tanah kebun berkenaan,” katanya lapor BHM.

Menurut Encik Jinaidi, beliau tidak nampak mangsa kejadian berkenaan, sebaliknya hanya melihat ekor pesawat saja, manakala badan pesawat mungkin terjunam ke dalam tanah.

“Ada juga penduduk nampak tayar dan sayap pesawat itu di lokasi lain, tetapi badan pesawat ada di sini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >