Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

P. Pinang antara 7 tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara

Jan 8, 2025 | 12:48 PM
Portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet, menggambarkan Pulau Pinang sebagai menggabungkan budaya berwarna-warni dengan pengaruh Melayu, Cina dan India yang terserlah dalam makanan, seni bina dan tradisi.
Portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet, menggambarkan Pulau Pinang sebagai menggabungkan budaya berwarna-warni dengan pengaruh Melayu, Cina dan India yang terserlah dalam makanan, seni bina dan tradisi. - Foto fail

GEORGE TOWN: Pulau Pinang disenaraikan sebagai satu daripada tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara oleh portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet.

Menerusi laman web rasminya pada 2 Januari, Lonely Planet menggambarkan Pulau Pinang sebagai gabungan budaya berwarna-warni dengan pengaruh Melayu, Cina dan India yang terserlah dalam makanan, seni bina dan tradisi.

“Ibu kota pulau tropika itu, George Town, berjaya mengubah warisannya menjadi sesuatu yang dapat menarik pelancong, namun tetap mengekalkan keasliannya.

Di satu bandar, anda boleh melawat rumah warisan Cina, masjid, kuil Hindu, dan bangunan kolonial British.

“Di luar George Town, Taman Negara Pulau Pinang menawarkan pantai yang indah dan laluan mendaki melalui hutan,” lapor Astro Awani, menukil laman web itu.

Selain Pulau Pinang, Lonely Planet turut menamakan Taman Negara Khao Sok, Thailand, di tempat pertama, selain Cao Bang, Vietnam; Siargao, Filipina; Luang Prabang, Laos; Amed, Bali serta Gili Air di Indonesia dalam senarai itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Encik Wong Hon Wai, mengucapkan tahniah kepada Pulau Pinang di atas pencapaian tersebut.

“Tahniah kepada Pulau Pinang kerana telah disenaraikan sebagai satu daripada tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara oleh Lonely Planet,” katanya.

Pada 25 Julai 2024, Lonely Planet turut menamakan Pulau Pinang sebagai dua tempat terbaik di Asia Tenggara untuk pengembara solo, dengan menyatakan makanan jalanan yang beraneka dan budaya tempatan yang kreatif sebagai daya tarikan utama pulau itu.

Lonely Planet berkata George Town yang tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dipenuhi khazanah rumah kedai dan rumah suku (kaum) sebelum perang yang bercampur aduk dengan kafe dan pemandangan seni jalanan.

Ia menambah bahawa lokasi itu penuh dengan peniaga jalanan dan pengembara solo boleh menikmati hidangan bajet serendah RM10 ($3.03) di gerai penjaja popular di Lorong Baru, Lebuh Kimberly dan Lebuh Chulia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg