Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pahang siasat dakwaan sewa gerai di Cameron Highlands naik hingga RM7,500

Oct 8, 2024 | 4:08 PM
Pemandangan di Cameron Highlands. Baru-baru ini tular di media sosial satu video mengenai dakwaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bahawa kadar sewa asal RM500 ($152) dinaikkan hingga RM7,500 sebulan di Medan Agro di pusat peranginan itu.
Pemandangan di Cameron Highlands. Baru-baru ini tular di media sosial satu video mengenai dakwaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bahawa kadar sewa asal RM500 ($152) dinaikkan hingga RM7,500 sebulan di Medan Agro di pusat peranginan itu. - Foto BERNAMA

KUANTAN: Kerajaan Pahang sedang menyiasat dakwaan peniaga Medan Agro di Cameron Highlands mengenai kenaikan kadar sewa gerai yang dikatakan mencecah hingga RM7,500 ($2,281) sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Encik Sim Chon Siang, berkata pihaknya menerima aduan minggu lalu dan akan mengambil tindakan.

“Memang saya dapat aduan yang (sewa) pasar dinaikkan dari RM500. Jadi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita sedang siasat mengapa boleh jadi begini. Lepas siasat, nanti kita beritahu apa masalah.

“Biar kami siasat dulu sebelum bagi jawapan yang tepat... dalam dua minggu,” katanya pada satu sidang media selepas acara perasmian Malaysia International Tourism Expo Pahang 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, di sini, pada 8 Oktober, lapor Berita Harian Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Cik Leong Yu Man, mewakili Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan acara itu.

Baru-baru ini tular di media sosial video yang menunjukkan seorang wakil badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa kadar sewa asal RM500 dinaikkan hingga RM7,500 sebulan di Medan Agro.

Mengenai kemungkinan berlaku kenaikan harga jualan susulan isu itu, Cik Yu Man berkata harga jualan di lokasi pelancongan sentiasa dipantau setiap masa untuk memastikan tidak berlaku sebarang kenaikan.

“Sekiranya kita terima aduan, kita berharap tindakan dapat diambil. Pada masa yang sama, kita juga berharap bahawa peniaga-peniaga juga dapat bekerjasama dengan kita sebab tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg