Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PAS didakwa anjur kutipan dana untuk AP bayar saman fitnah DAP

Dec 24, 2024 | 2:07 PM
Ahli Parlimen Kepala Batas (Pulau Pinang) Dr Siti Mastura Muhammad diperintahkan membayar ganti rugi RM825,000 ($249,346) kepada tiga pemimpin DAP atas saman fitnah.
Ahli Parlimen Kepala Batas (Pulau Pinang) Dr Siti Mastura Muhammad diperintahkan membayar ganti rugi RM825,000 ($249,346) kepada tiga pemimpin DAP atas saman fitnah. - Foto FACEBOOK DR SITI MASTURA

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) didakwa menganjurkan kutipan derma bagi membantu Ahli Parlimen (AP) Kepala Batas (Pulau Pinang), Dr Siti Mastura Muhammad, membayar ganti rugi RM825,000 ($249,346) kepada tiga pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Ini selepas Dr Siti Mastura kalah dalam kes saman fitnah kerana mendakwa tokoh veteran DAP, Encik Lim Kit Siang serta anaknya yang juga Pengerusi DAP, Encik Lim Guan Eng, mempunyai kaitan keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Selain itu, beliau turut didakwa menuduh Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Cik Teresa Kok, ada kaitan dengan Encik Lim.

Dalam surat yang tular di media sosial, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pemimpin DAP berkenaan menuntut bayaran itu segera, lapor Malaysiakini.

Kegagalan berbuat demikian, katanya akan menyebabkan prosiding kemuflisan dimulakan terhadap Dr Siti Mastura, yang seterusnya boleh menyebabkan beliau kehilangan kerusinya sekali gus mencetuskan pilihan raya kecil (PRK).

Datuk Takiyuddin menyorot bahawa Dr Siti Mastura mengeluarkan kenyataan itu semasa berkempen untuk PAS pada PRK Kemaman.

Justeru, bagi mengelak Dr Siti Mastura hilang kelayakan sebagai AP, parti itu menganjurkan kutipan derma.

Surat itu menyatakan bahawa Ketua Jawatankuasa PAS pusat dan Ketua Negeri, bahagian dan cawangan dikehendaki menderma sekurang-kurangnya RM500 setiap seorang.

Bahagian negeri serta sayap di peringkat persekutuan, negeri dan bahagian dikehendaki mengumpul sekurang-kurangnya RM20,000 setiap satu.

Ketua Penerangan PAS, Encik Ahmad Fadhli Shaari, berkata beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu.

Sementara itu, bekas pemimpin PAS, Datuk Seri Khairuddin Aman Razali mengkritik kutipan derma itu.

“Sangat tidak wajar mengutip dana daripada masyarakat untuk membayar saman sivil kerana perlakuan dosa fitnah,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Encik Fadhli membalas artikel terbitan Malaysiakini pada 2017 yang melaporkan Encik Rafizi Ramli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga pernah melakukan kutipan dana untuk membayar RM300,000 kepada National Feedlot Corporation (NFC) atas saman fitnah.

Encik Rafizi kemudiannya memenangi rayuan dan wang itu dikembalikan dan berkata beliau akan menggunakan wang itu untuk menaja pelajar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg