PAS Johor: Peralihan kepimpinan PN cermin kematangan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PAS Johor: Peralihan kepimpinan PN cermin kematangan

Feb 23, 2026 | 2:34 PM

PAS Johor: Peralihan kepimpinan PN cermin kematangan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PAS, PN, perikatan nasional, johor, PAS Johor Perikatan Nasional, peralihan kepimpinan PN, Ahmad Samsuri Pengerusi PN, kematangan politik PN, sokongan PAS Johor, kepimpinan baharu PN, berita politik Malaysia, gabungan pembangkang Malaysia
Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. - Foto BH oleh REMAR NORDIN

JOHOR BAHRU: Parti Islam SeMalaysia (PAS) Johor menyifatkan proses peralihan kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada 22 Februari mencerminkan kematangan serta kesepaduan saf kepimpinan gabungan itu.

Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata proses tersebut memastikan kesinambungan perjuangan PN demi agama, bangsa dan negara dapat diteruskan serta dimantapkan.

Sebelum ini pada 22 Februari, kepimpinan tertinggi PN sebulat suara melantik Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, sebagai pengerusi baru gabungan berkenaan, lapor MalaysiaGazette.

Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilaporkan berkata pelantikan Menteri Besar Terengganu itu berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas, Datuk Mahfodz berkata dalam satu kenyataan pada 22 Februari:

“Marilah kita memperkemas gerak kerja dan bersiap menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dengan penuh kesatuan dan ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus.

“PAS Johor juga menegaskan komitmen untuk memperkukuh kesatuan saf PN di semua peringkat, memperkemas penyelarasan gerak kerja serta mempertingkat kesiapsiagaan jentera.

“Ini bagi memastikan agenda pembelaan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tersusun menjelang PRU16.”

Datuk Mahfodz dalam masa sama bersyukur kerana mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi PN pada 22 Februari berlangsung dengan baik serta berakhir secara tertib dan harmoni.

PAS Johor mengucapkan tahniah kepada Datuk Ahmad Samsuri, yang juga Menteri Besar Terengganu, atas pelantikan itu dan mendoakan beliau dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta petunjuk dalam memimpin PN ke tahap lebih kukuh serta terus mendapat keyakinan rakyat.

PAS Johor turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, atas segala jasa dan khidmat beliau sepanjang memegang amanah sebagai Pengerusi PN yang pertama.

Kepimpinan serta pengalaman beliau merupakan antara penyumbang utama kepada kekuatan dan kejayaan PN sebelum ini, ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, PAS Johor menyeru seluruh ahli dan penyokong parti itu agar terus mendoakan, memberi sokongan serta memperkukuh kerjasama dalam saf perjuangan.

Pelantikan Datuk Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN baru itu disahkan melalui satu kenyataan bersama oleh empat presiden parti komponen gabungan berkenaan selepas Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN di ibu pejabat PAS, di Kuala Lumpur.

Mereka ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau; dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Encik P Punithan.

“PAS Johor juga menegaskan komitmen untuk memperkukuh kesatuan saf PN di semua peringkat, memperkemas penyelarasan gerak kerja serta mempertingkat kesiapsiagaan jentera. Ini bagi memastikan agenda pembelaan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tersusun menjelang PRU16.”
Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg