Topik diikuti
Pergi ke BHkuPAS tamat kerjasama dengan Bersatu, lanjut agenda PN+ dengan parti lain
PAS tamat kerjasama dengan Bersatu, lanjut agenda PN+ dengan parti lain
Bersatu enggan tunggu isyarat PAS, mula gerak jentera hadapi PRN Johor ke-16
PAS tamat kerjasama dengan Bersatu, lanjut agenda PN+ dengan parti lain
KUALA LUMPUR: Agenda Perikatan Nasional Plus (PN+) tetap diteruskan bagi memperluas kerjasama dalam kalangan parti pembangkang, walaupun Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah mengakhiri hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata langkah menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu membawa hikmah tersendiri apabila ia membuka ruang lebih luas kepada pembangkang untuk menerima parti lain.
“PN+ ialah inisiatif untuk mengadakan kerjasama dengan pelbagai parti politik yang ingin bersama PN (Perikatan Nasional).
“Bila PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu, ruang menerima parti lain kini lebih terbuka dalam kalangan parti pembangkang,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.
Menurutnya, kerjasama baik dengan Parti Wawasan Negara, yang diasaskan mantan Timbalan Presiden Bersatu yang dipecat, Datuk Seri Hamzah Zainudin, adalah permulaan terhadap keterbukaan itu.
Katanya, PAS akan meneliti semula permohonan parti lain seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Berjasa Malaysia (Berjasa).
“Kita membuka pintu kerjasama dengan semua bagi memastikan pembangkang mempunyai satu suara dalam menghadapi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Apa yang utama adalah semua parti gabungan terikat dengan pendirian bersama dalam pilihan raya dan gerak kerja,” katanya.
PAS sebelum ini mengusahakan pembentukan PN+ yang membabitkan penyertaan parti komponen sedia ada termasuk Bersatu, selain gerakan yang dipimpin Datuk Hamzah.
Sementara itu, Bersatu mengambil keputusan bergerak terlebih dahulu bersama parti komponen lain serta Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), berikutan pimpinan tertinggi PN masih belum mengadakan mesyuarat bagi merangka persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata parti itu tidak boleh menunggu isyarat daripada PAS kerana sebarang kelewatan berisiko memberi kelebihan kepada pihak lawan.
Katanya, PN yang dipengerusikan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, belum memanggil mesyuarat gerak kerja jentera untuk PRN16 Johor sehingga kini, walaupun sudah lebih dua minggu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
“Bersatu sudah menggerakkan jentera dan turun padang, malah Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mulai menjelajah ke seluruh Johor dan Negeri Sembilan.
“Kita bergerak bersama parti komponen lain dan jika PN masih berteka-teki dan belum mengambil ketetapan sehingga boleh memberi ruang kepada pihak lawan, itu cara mereka. Kita tidak boleh menunggu pihak lain,” katanya.
