Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pasangan suami isteri dibunuh angkara berebut harta di Perak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pasangan suami isteri dibunuh angkara berebut harta di Perak

Mar 06, 2024 | 01:59 PM



MANJUNG (Perak): Pergaduhan kerana berebut harta dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga emas sanggup membunuh sepasang suami isteri menggunakan sabit sawit dalam kejadian di kebun sawit di Kampung Cina, Pantai Remis, Manjung, Perak.


Ketua Polis Daerah Manjung, Penolong Pesuruhjaya Mohamed Nordin Abdullah, berkata suspek berusia 61 tahun yang membunuh pasangan suami isteri itu adalah saudara kepada mangsa lelaki.

Beliau berkata dalam kejadian pada 5 Mac itu, pasangan suami isteri berkenaan masing-masing berusia 74 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Katanya, pihak polis menerima laporan kejadian pada 3.30 petang, 5 Mac dan siasatan awal mendapati kejadian disyaki berpunca daripada perebutan harta yang menyebabkan berlakunya pergaduhan antara suspek dengan kededua mangsa.

“Mayat mangsa ditemui di dalam kawasan kebun sawit dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak, untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Encik Mohamed Nordin berkata susulan itu polis menahan suspek dan mendapatkan perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Seri Manjung, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu dalam satu kes berasingan di Teluk Intan, Perak, satu mayat tanpa identiti yang sudah mereput dan dimakan haiwan liar ditemukan dalam anak sungai di Batu 3½ Jalan Maharajalela.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Penolong Pesuruhjaya Ahmad Adnan Basri, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu menerusi panggilan oleh orang awam pada 12.05 tengah hari, 5 Mac.

“Siasatan awal mendapati, mangsa ditemukan tersangkut pada batang kayu yang melintang di anak sungai tanpa berpakaian dan tiada sebarang pengenalan diri diperoleh daripada mangsa di lokasi kejadian.

“Keadaan mangsa sangat teruk dengan terdapat banyak bahagian tubuh yang dimakan oleh haiwan liar dan bahagian muka pula sudah tidak sempurna. Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat,” katanya lapor BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >