Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasangan suami isteri disyaki dera bayi dua bulan di Melaka

May 7, 2025 | 1:01 PM
cedera, dera bayi, ibu bapa, pendarahan, dua bulan
Hasil pemeriksaan didapati bayi itu mempunyai pendarahan baru dan lama di bahagian kiri kepala mangsa selain kesan lebam dan luka pada badan dan leher. - Foto PIXABAY

MELAKA: Polis menahan pasangan suami isteri pada Rabu, kerana disyaki mendera anak kandung mereka berusia dua bulan yang kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Melaka di sini, akibat pendarahan dalam kepala, luka dan lebam pada tubuh.

Sumber berkata kejadian disyaki berlaku di rumah pasangan itu di Taman Seri Pelangi, Alor Gajah semalam dan terbongkar apabila ibu mangsa yang masih berpantang menghantar bayinya yang didakwa mengalami sawan ke Hospital Alor Gajah di sini.

Katanya, pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat pendarahan di dalam kepala bayi malang itu, sebelum mangsa dibawa dengan ambulans ke Hospital Melaka, lapor Berita Harian Malaysia.

“Sejurus tiba di hospital, difahamkan bayi itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum wanita terbabit menghilangkan diri.

“Hasil pemeriksaan dan rawatan imbasan CT oleh doktor pakar perubatan kanak-kanak mendapati terdapat pendarahan baru dan lama di bahagian kiri kepala mangsa selain kesan lebam dan luka pada badan dan leher.

“Doktor itu kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki mangsa didera dan bayi berkenaan kini dirawat di PICU di hospital sama,” katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Cawangan D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka menahan pasangan suami isteri itu di hadapan Wad PICU Hospital Melaka, kira-kira 6.30 petang.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek yang juga penganggur berusia 22 tahun itu didapati negatif dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesdiaahkan menerima laporan kes itu dan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg