Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pelabuhan Klang catat rekod kendali kontena tertinggi dalam sejarah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pelabuhan Klang catat rekod kendali kontena tertinggi dalam sejarah

Feb 23, 2024 | 05:04 PM



PUTRAJAYA: Pelabuhan Klang di Selangor merekodkan jumlah pengendalian kontena tertinggi dalam sejarah Malaysia, apabila mencatatkan sebanyak 14.06 juta kontena unit bersamaan 20 kaki (TEU) bagi 2023.


Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, berkata jumlah itu meningkat berbanding 13.22 juta TEU kontena pada 2022.

Selain Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, di Johor turut merekodkan prestasi cemerlang apabila mengendalikan 10.48 juta TEU kontena pada 2023.

Malah katanya, Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, kekal sebagai antara 20 pelabuhan tersibuk dunia pada 2023.

“Statistik sektor maritim menunjukkan prestasi cemerlang yang menyumbang kepada ekonomi negara dan sebagai dua tunjang pelabuhan Malaysia, Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas terus kekal pada 20 pelabuhan utama dan tersibuk di dunia.

“Prestasi cemerlang terbabit mencerminkan kepesatan ekonomi Malaysia sebagai komponen penting dalam rantaian bekalan dunia,” katanya ketika berucap pada Majlis Sua Kasih Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada 23 Februari, lapor Berita Harian Malaysia.


Encik Loke berkata dalam membina ekosistem penyediaan bahan api mampan di rantau Asia Tenggara pula, Pelabuhan Tanjung Pelepas sudah mengadakan perbincangan dengan syarikat Maersk dan Petronas bagi pembinaan bekalan methanol hijau dengan kerjasama kerajaan Australia.


Katanya komitmen Kementerian Pengangkutan dalam penyediaan pelayaran mampan dan hijau adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai pelepasan sifar karbon pada 2050.

Selain maritim, sektor udara turut mencatatkan prestasi cemerlang apabila pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik merekodkan peningkatan sebanyak 10.7 peratus pada Januari lalu, berbanding bulan sama pada 2023.

Menurut Encik Loke, jumlah pergerakan penumpang dicatatkan di lapangan terbang seluruh negara adalah seramai 81.9 juta orang sepanjang 2023, tertinggi sejak pandemik Covid-19 pada 2020.

“Semalam, saya berjumpa dengan pengurusan tertinggi China Eastern Airlines dan mereka komited untuk pembukaan lima laluan baru iaitu Kuala Lumpur ke Xian, Chengdu, Wuhan dan Nanjing, manakala Pulau Pinang ke Pudong, Shanghai dengan semua laluan ini akan beroperasi pada 2024,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Malaysia setakat ini belum bercadang melaksanakan cukai penggunaan bahan api penerbangan mampan seperti dilakukan Singapura mulai 2026.

Kata Encik Loke, biarpun Malaysia menggalakkan penggunaan bahan api seperti itu, langkah itu akan memberi kesan khususnya kepada harga tiket penerbangan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Malaysia akan mengikut langkah Singapura melaksanakan cukai bahan api penerbangan mampan bermula 2026.

Inisiatif itu sebahagian pelan tindakan hab penerbangan mampan Singapura, yang dibangunkan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >