Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar perempuan M’sia korban kemalangan babitkan motosikal dan kereta

Jun 27, 2024 | 6:29 PM
Seorang mangsa perempuan berusia 19 tahun maut setelah motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 2 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir pada 26 Jun.
Seorang mangsa perempuan berusia 19 tahun maut setelah motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 2 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir pada 26 Jun. - Foto PDRM

NEGERI SEMBILAN: Seorang mangsa perempuan berusia 19 tahun maut setelah motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 2 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir pada 26 Jun.

Menukil laporan media Malaysia, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani, berkata kejadian pada 11.10 malam itu membabitkan pelajar Kolej Yayasan Negeri Sembilan yang menunggang motosikal jenis Honda C100 dengan kenderaan jenis Mitsubishi Triton.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata: “Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pacuan empat roda dalam perjalanan dari Batu kikir menuju ke Kuala Pilah.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan itu memasuki simpang untuk meneruskan perjalanan. Tiba-tiba datang motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kiri kenderaan berkenaan.”

Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan, tambah beliau.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg