Video tiga beradik di M’sia sebelum terima khabar ayah maut menyayat hati warganet
Video tiga beradik di M’sia sebelum terima khabar ayah maut menyayat hati warganet
Satu video TikTok menyayat hati menjadi tular, apabila seorang guru di Malaysia merakam tiga pelajar mudanya, dengan senang hati melambai-lambai ke arahnya, tanya menyangka berita sedih yang bakal diterima.
Video itu menunjukkan adik-beradik – seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Azalea – menurut hantaran guru itu, dan dua lagi adik-beradik lelakinya.
Kanak-kanak itu seronok ketawa bersuka-ria dan melambai ke arah kamera ketika mereka dibenarkan pulang lebih awal, atas alasan “perihal keluarga”.
Bagaimanapun, kapsyen di video mendedahkan hakikat yang menyayat hati: bapa kepada tiga beradik itu baru sahaja meninggal dunia akibat serangan jantung.
“(Guru) Tidak sampai hati untuk memberitahu mereka apa yang sebenarnya berlaku,” kata kapsyen itu, sambil menambah bahawa kanak-kanak itu hanya diberitahu tentang kematian bapa mereka oleh ibu saudara yang menjemput mereka.
Kapsyen diakhiri dengan rayuan untuk doa dan kekuatan untuk adik-beradik yang bersedih, yang dikenali sebagai Azalea dan abang-abangnya, yang dalam tingkatan satu, dua dan tiga.
Video yang telah ditonton lebih 2.2 juta kali sejak disiarkan pada 7 Jun lalu, telah menyentuh perasaan warganet, yang menyampaikan ucapan takziah dan kata-kata sokongan untuk keluarga itu.
Pengguna TikTok mohdali81 mengulas: “Oh tidak, mereka melambai gembira, tidak mengetahui apa yang telah berlaku. Saya tidak tahan (sebak) menonton ini.”
Guru yang menyiarkan video itu menjawab dalam ruangan komen : “Saya tidak tahan untuk memberitahu mereka perkara sebenar, saya menunggu ibu saudara mereka untuk menjemput mereka. Kanak-kanak lelaki meraung apabila mereka menerima berita kematian bapa mereka. Terlalu sedih...”

