Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelawat Johor dikenakan cukai hotel RM3 mulai 2026

Nov 23, 2025 | 5:27 PM
Jalan Tan Hiok Nee, sebuah jalan warisan, adalah tempat tumpuan pelancong yang popular di pusat bandar Johor Bahru.
Jalan Tan Hiok Nee, sebuah jalan warisan, adalah tempat tumpuan pelancong yang popular di pusat bandar Johor Bahru. - Foto ST

Kerajaan negeri Johor akan mengenakan caj perjalanan melalui cukai hotel mulai 1 Januari 2026, satu langkah yang mengikuti langkah negeri lain di Malaysia yang mengenakan cukai kepada pelancong.

Caj sebanyak RM3 ($0.95) akan dikenakan di bawah Rang Undang-Undang Hotel Johor dan disalurkan ke akaun amanah untuk meningkatkan kemudahan awam serta infrastruktur pelancongan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, pada 21 November, lapor agensi berita tempatan Bernama.

Ia masih belum jelas sama ada caj tersebut dikenakan ke atas setiap individu bagi setiap malam.

Keputusan itu juga akan mengukuhkan penguatkuasa tempatan dalam memeriksa dan menutup hotel atau kemudahan penginapan yang tidak berlesen, serta memastikan pengendalinya mematuhi keperluan keselamatan, kata Datuk Jafni.

Pada 23 November, pengerusi Cawangan Johor Persatuan Hotel Bajet & Perniagaan Malaysia (MyBHA), Encik Jarod Chia, berkata persatuan tersebut sedang meminta penjelasan daripada agensi negeri, Pelancongan Johor, untuk melaksanakan caj tersebut dengan berkesan.

Ia bertujuan menjelaskan jenis penginapan, tetamu yang dikenakan caj, dan prosedur mengutip bayaran.

Beliau menambah bahawa MyBHA, yang mewakili 247 hotel bajet dan perniagaan berlesen di Johor, komited untuk menyokong inisiatif pelancongan negeri tersebut.

Caj perjalanan Johor mirip dengan cukai kemampanan Selangor, yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari ke atas pelancong dengan bayaran yang berbeza antara RM2 hingga RM7, bergantung kepada jenis penginapan.

Negeri lain seperti Melaka, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi di Kedah juga telah melaksanakan cukai pelancong untuk menyokong pembangunan kemudahan tempatan.

Johor menerima hampir 10.4 juta pengunjung hotel pada 2024, meningkat 8.5 peratus berbanding 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg