Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu Nissan Navara langgar suami isteri dijel 30 hari, denda RM12,000

May 13, 2025 | 5:05 PM
Jurujual aksesori kereta, K Darmaraju, 32 tahun, mengaku bersalah sebaik pertuduhan memandu secara melulu yang dibaca di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.
Jurujual aksesori kereta, K Darmaraju, 32 tahun, mengaku bersalah sebaik pertuduhan memandu secara melulu yang dibaca di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni. - Foto SINAR HARIAN

Kuala Lumpur: Tindakan pemandu Nissan Navara yang tular dalam kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap pasangan suami isteri di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Duta di sini, mengundang padah apabila dia dihukum penjara 30 hari dan denda RM12,000 ($3,612) oleh Mahkamah Majistret pada 13 Mei.

Jurujual aksesori kereta, K Darmaraju, 32 tahun, mengaku bersalah sebaik pertuduhan memandu secara melulu yang dibaca di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap, 11 Mei lalu.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan sepasang suami isteri parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Plus berhampiran Plaza Tol Duta.

Dalam kejadian pada 2.30 petang itu, mangsa lelaki berusia 53 tahun, mengalami retak tulang selangka dan luka pada buku lali, manakala isterinya yang berusia 49 tahun, yang juga pembonceng motosikal, cedera parah termasuk pendarahan di kepala, patah tulang rusuk dan buku lali.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata siasatan awal mendapati motosikal jenis Benelli TRK 502 yang ditunggang mangsa sedang bergerak di lorong kiri sebelum dirempuh sebuah Nissan Navara dari arah kanan.

Pemandu lelaki Nissan Navara tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan polis pada hari sama sekitar 6.55 petang.

Terdahulu, video kemalangan itu tular di media sosial selepas dimuat naik akaun ‘DashCam Malaysia’ dan mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Dalam laporan Sinar Harian, dinyatakan bahawa semasa prosiding, peguam S Vinesh yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman minimum atas alasan baru mendirikan rumah tangga dan perlu menyara keluarga termasuk ibu bapa.

“Dia memohon maaf kepada semua pihak terlibat dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang,” katanya.

Namun, Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Syazwan Hasifi, mencadangkan hukuman yang setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg