Pembeli peribadi jadi pilihan utama warga S’pura jelang Syawal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembeli peribadi jadi pilihan utama warga S’pura jelang Syawal

Rakyat Singapura beli-belah jarak jauh untuk persiapan Raya, tempahan naik 30%
Mar 12, 2026 | 2:53 PM

Pembeli peribadi jadi pilihan utama warga S’pura jelang Syawal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Johor, Singapura, personal shopper, Tengku Farah Dila, Hari Raya, Syawal, Aidilfitri, tempahan
Tengku Farah Dila menunjukkan beberapa barangan yang ditempah oleh warga Singapura dari Johor Bahru. - Foto ihsan TENGKU FARAH DILA

Permintaan terhadap khidmat pembeli peribadi atau ‘personal shopper’ di Johor melonjak sekitar 30 peratus sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal apabila semakin ramai warga Singapura memilih menggunakan perkhidmatan tersebut bagi membuat persiapan Hari Raya.

Tengku Farah Dila, 32 tahun, yang menyedia khidmat sebagai pembeli peribadi berkata peningkatan tempahan itu amat ketara terutamanya dalam tempoh satu hingga dua minggu sebelum Aidilfitri apabila ramai pelanggan mula membuat persiapan akhir.

Katanya, tempahan saat akhir biasanya melibatkan kuih raya, minuman, pakaian, barangan dapur serta hiasan rumah.

“Kami sering menerima tempahan membeli-belah saat akhir daripada pelanggan di Singapura. Biasanya permintaan meningkat dengan ketara dalam tempoh satu hingga dua minggu sebelum perayaan apabila ramai mula membuat persiapan akhir,” katanya ketika dihubungi Berita Harian (BH).

Beliau berkata berbanding tahun sebelum ini, permintaan semakin meningkat apabila lebih ramai warga Singapura bergantung kepada khidmat pembeli peribadi bagi mendapatkan barangan dari Malaysia.

Pelanggan tertarik dengan pilihan barangan yang lebih pelbagai selain harga yang lebih berpatutan berbanding di Singapura.

Antara yang laris menjelang musim perayaan ialah kuih raya dan biskut, pakaian seperti baju kurung dan baju Melayu, minuman kotak serta pelbagai hiasan dan keperluan rumah.

Tengku Farah berkata faktor utama pelanggan memilih perkhidmatan pembeli peribadi ialah kerana mudah, jimat masa dan jimat kos.

“Ramai pelanggan di Singapura mempunyai jadual kerja yang ketat. Mereka tidak sempat menyeberang ke Johor untuk membeli-belah, terutama ketika musim perayaan.

“Dengan khidmat ini, mereka hanya perlu menyenaraikan barang. Kami akan beli dan hantar,” jelasnya.

Beliau menambah, kadar caj bergantung pada jenis barangan, kuantiti, dan kesukaran mendapatkannya.

Caj tambahan mungkin dikenakan jika tempahan dibuat tergesa-gesa atau memerlukan pembelian serta penghantaran segera.

“Tempahan saat akhir biasanya memerlukan kami merancang semula laluan, mempercepatkan masa membeli-belah, dan mengurus logistik lebih teliti supaya barang sampai tepat pada masanya,” katanya.

Beliau mengakui cabaran utama tempahan segera ialah kekangan masa dan ketersediaan stok.

Kadang-kala, katanya, penjual di Malaysia mengambil masa lebih lama untuk menghantar pesanan menjelang musim perayaan kerana peningkatan jumlah tempahan.

Selain itu, keadaan di sempadan Johor-Singapura juga menguji kesabaran, kerana pemeriksaan imigresen yang ketat dan kesesakan lalu lintas boleh memanjangkan waktu perjalanan.

“Oleh itu, pengurusan masa dan perancangan laluan adalah kritikal bagi memastikan pesanan pelanggan dihantar secepat mungkin,” kata Tengku Farah yang menggunakan nama akaun @my.shoppergenie di Instagram.

Beliau menekankan kepentingan komunikasi dengan pelanggan, supaya mereka faham situasi sebenar dan dapat membuat tempahan lebih awal untuk mengelakkan sebarang kelewatan.

Secara purata, katanya, ketika persiapan Hari Raya, pihaknya menerima sekitar 60 hingga 70 pesanan setiap minggu daripada pelanggan di Singapura.

Jumlah ini merujuk kepada bilangan urusan pesanan yang perlu diuruskan, kerana ada pelanggan membuat lebih daripada satu tempahan dalam tempoh yang sama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg