Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pemilik restoran disamun RM300,000, polis buru lelaki bergelar Datuk

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pemilik restoran disamun RM300,000, polis buru lelaki bergelar Datuk

Mar 19, 2024 | 12:00 PM



AMPANG JAYA (Selangor): Seorang pemilik restoran disamun RM300,000 ($85,037) oleh empat lelaki Afrika dalam urus niaga membeli jongkong emas di Taman Melawati pada 15 Mac lalu.


Mangsa berusia 27 tahun dan rakannya sebelum itu bertemu suspek wanita dan seorang lagi lelaki tempatan dipercayai bergelar Datuk untuk urus niaga pembelian emas di sebuah kedai kopi di Melawati Mall, sekitar 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Mohd Azam Ismail, berkata mangsa dan rakannya kemudian diarah untuk menaiki sebuah kereta Proton Gen2 untuk mengambil jongkong emas berkenaan.

“Pengadu dan rakannya dibawa mengelilingi Melawati Mall sebanyak tiga kali sebelum dibawa ke Jalan G1 dan berhenti di tepi jalan.

“Di lokasi ini, tiba-tiba muncul empat lelaki Afrika sebelum seorang daripada mereka mengacu pistol dan menyembur serbuk lada ke arah kepada mangsa.

“Mereka (suspek) kemudian merampas beg wang tunai (RM300,000) mangsa dan melarikan diri dengan sebuah kereta lain,” katanya dalam satu kenyataan pada 18 Mac malam, lapor Berita Harian Malaysia.


Susulan laporan polis oleh mangsa, Polis Daerah Ampang Jaya kemudian menahan suspek wanita yang berurusan dengan mangsa di Taman Melawati enam jam selepas kejadian.

“Hasil soal siasat terhadap suspek ini, pihak polis kemudian menyerbu satu unit kediaman di Arte Plus, Jalan Ampang, dan menahan dua wanita tempatan sehari kemudian (Sabtu lalu) dipercayai turut terbabit dalam kes sama.

“Polis juga turut membuat rampasan terhadap kereta Proton Gen2 yang digunakan suspek,” katanya.

Beliau berkata ketika ini polis sedang memburu empat suspek Afrika dan lelaki bergelar Datuk yang masih bebas.

Katanya, mangsa juga mendakwa ini adalah kali pertama dirinya berurusan dengan suspek terbabit untuk membeli jongkong emas dan ingin memperoleh keuntungan dalam kadar segera apabila harga emas naik.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian dan cedera parah.

Sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >