Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Penagih samar sebagai pegawai SPRM cuba tunai cek RM30,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Penagih samar sebagai pegawai SPRM cuba tunai cek RM30,000

Jan 26, 2024 | 11:11 AM



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memperdaya bendahari satu masjid di Ampang untuk menyerahkan buku cek.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya (AC) Mohd Azam Ismail, berkata suspek ditahan kira-kira 1.35 petang 23 Januari susulan laporan diterima daripada mangsa mengenai kejadian yang dilaporkan berlaku pada petang 19 Januari lalu itu.

Mengulas lanjut, katanya, pengadu berusia 60 tahun didatangi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai SPRM ketika berada dalam pejabat masjid.

Beliau berkata suspek mendakwa terdapat masalah pada pengurusan akaun masjid dan meminta pengadu yang juga bendahari menyerahkan buku cek kononnya untuk semakan dan pemeriksaan, lapor Berita Harian Malaysia.


“Suspek kemudian beredar dan kira-kira 3 petang hari sama, pengadu menerima panggilan daripada pihak bank memaklumkan terdapat satu cek bernilai RM30,000 cuba ditunaikan, namun ditolak.

“Semakan dilakukan mendapati satu helaian dalam buku cek yang diperiksa suspek sebelum itu hilang,” katanya melalui satu kenyataan pada 25 Januari.

Susulan itu, AC Mohd Azam berkata polis menahan suspek yang berusia 34 tahun pada 23 Januari di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya.

“Semakan mendapati suspek yang tidak bekerja mempunyai dua rekod lampau berkaitan dengan kes jenayah, manakala ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.


“Suspek kini direman empat hari bermula hingga 27 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >