Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendaki M’sia meninggal dunia di Everest

Oct 31, 2023 | 12:12 PM
TELAH PERGI: Rakyat Malaysia, mendiang Parthiban Kandasamy, 38 tahun, disahkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika mendaki di Everest Base Camp (EBC), di Nepal, pada Selasa.
TELAH PERGI: Rakyat Malaysia, mendiang Parthiban Kandasamy, 38 tahun, disahkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika mendaki di Everest Base Camp (EBC), di Nepal, pada Selasa. - Foto FACEBOOK CONCERNED UM INDIAN GRADUATES

PUTRAJAYA: Seorang pendaki rakyat Malaysia meninggal dunia ketika mendaki di Everest Base Camp (EBC), di Nepal, pada Selasa.

Mendiang Parthiban Kandasamy, 38 tahun, adalah seorang pegawai di Kementerian Luar Negeri dan berasal dari Ipoh, Perak.

Menurut jurucakap Malawakil di Nepal, pihaknya menerima berita kematian pendaki itu pada 2.30 pagi waktu tempatan.

Katanya mendiang dilaporkan mengalami sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri, bagaimanapun punca kematian masih belum dapat dipastikan.

Mendiang tiba di Kathmandu pada Jumaat lalu bersama seorang rakan, Encik Balasuntharam Sinasamy, dan berlepas ke Lukla untuk memulakan pendakian ke EBC pada keesokan harinya.

“Pada Isnin, mendiang dan Encik Balasuntharam tiba di pos pemeriksaan (checkpoint) 14, Gurap Shep (5,160 meter dari aras laut) dan ketika di situ, mendiang dilaporkan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.

“Mendiang kemudian telah dibawa ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan, namun disahkan meninggal dunia.

“Pihak Malawakil telah menghubungi waris keluarga di Malaysia bagi mendapatkan pengesahan berkenaan pengurusan mendiang,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada Selasa.

Jurucakap itu berkata bapa mangsa telah memaklumkan untuk membawa pulang mendiang ke kediamannya di Ipoh, Perak. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg