Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendakwaan sudah bersedia, peguam bela yakin ada prinsip undang-undang kukuh dalam rayuan Syed Saddiq

Mar 18, 2025 | 3:52 PM
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Foto fail

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan selaku responden menyatakan sudah bersedia untuk menghadapi rayuan Ahli Parlimen (AP) Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman empat tuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) di Mahkamah Rayuan bermula 19 Mac.

Seorang peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, berkata pihaknya pasti akan melakukan yang terbaik, malah terdapat prinsip undang-undang yang kukuh dalam rayuan anak guamnya itu.

Syed Saddiq, 32 tahun, merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ($2.99 juta) selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada (Pemuda Bersatu).

Pendengaran rayuan itu akan didengar di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, selama dua hari yang mana Syed Saddiq akan bertindak selalu perayu manakala pendakwaan sebagai responden.

Ketua Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, yang juga Timbalan Pendakwa Raya ketika dihubungi Berita Harian Malaysia pada 18 Mac, berkata pihaknya sudah bersedia walaupun menyedari tugas itu tidak mudah.

“Kami bersedia walaupun kami tahu tugas kami tidak mudah, lebih-lebih lagi perayu diwakili peguam bela yang ternama. Tapi kita tengok macam mana esok,” katanya.

Sementara itu, bercakap dalam nada sama, Datuk Hisyam berkata pihaknya sudah bersedia dan pasukan mereka yang akan dikendalikan peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sudah pasti akan melakukan yang terbaik.

“Terdapat (prinsip) undang-undang yang kukuh dalam rayuan dan kami berharap hakim Mahkamah Rayuan akan bersetuju dengan hujahan dan memihak kepada kami,” katanya.

Menerusi petisyen rayuan, Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya, antara lain mendakwa bagi tuduhan pertama iaitu bersubahat melakukan pecah amanah, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid terkhilaf apabila menyamakan pengeluaran dengan perbelanjaan.

Jika mahkamah membenarkan rayuan itu pada 19 Mac, Syed Saddiq akan bebas daripada tuduhan berkenaan, dan responden masih boleh merayu di Mahkamah Persekutuan.

Jika rayuan berkenaan ditolak, Syed Saddiq ada satu peluang lagi untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg