Penemuan rangka bayi di laman rumah: 5 termasuk 4 sekeluarga disambung reman
Penemuan rangka bayi di laman rumah: 5 termasuk 4 sekeluarga disambung reman
Remaja 19 tahun dipercayai ibu mangsa antara yang ditahan
Mar 30, 2026 | 3:29 PM
Penemuan rangka bayi di laman rumah: 5 termasuk 4 sekeluarga disambung reman
Pasukan forensik ketika melakukan siasatan penemuan rangka bayi di laman sebuah rumah di Kelemak, Alor Gajah, Melaka, pada 25 Mac. - Foto pembaca HARIAN METRO
ALOR GAJAH: Tempoh reman lima individu, termasuk empat sekeluarga, disambung tiga hari lagi sehingga 1 April berhubung penemuan rangka bayi yang ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak, Alor Gajah, Melaka.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, mengesahkan perintah lanjutan reman sehingga 1 April itu melibatkan kesemua suspek berusia 16 hingga 40 tahun.
Laporan berkaitan
Bayi 6 bulan meninggal, lemas tertiarap di taska MelakaJul 17, 2025 | 3:24 PM
Remaja perempuan mengaku salah buang mayat bayi dalam tandas stesen minyak di SelangorApr 10, 2025 | 2:50 PM
Wanita dijel 18 bulan kerana buang bayinya di saluran sampahJul 29, 2024 | 2:08 PM

