Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja perempuan mengaku salah buang mayat bayi dalam tandas stesen minyak di Selangor

Apr 10, 2025 | 2:50 PM
Seorang remaja perempuan (kiri) dituduh di Mahkamah Sungai Besar pada 10 April  atas kesalahan menyembunyikan kelahiran secara rahsia.
Seorang remaja perempuan (kiri) dituduh di Mahkamah Sungai Besar pada 10 April atas kesalahan menyembunyikan kelahiran secara rahsia. - Foto HARIAN METRO

SUNGAI BESAR (Selangor): Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sungai Besar, di sini, pada 10 April, atas tuduhan menyembunyikan kelahiran pada Mac lalu.

Pembantu kedai makan itu mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Berdasarkan kertas tuduhan, remaja perempuan itu didapati melakukan perbuatan menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan cara membuang mayat seorang bayi yang dilahirkan olehnya.

Kesalahan dilakukan di tandas wanita sebuah stesen minyak di Kampung Sungai Haji Dorani, di sini, 11 pagi pada 23 Mac lalu, lapor Harian Metro.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen sama, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilaksanakan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala tertuduh diwakili peguam, Muhd Muqri Mohd Khairi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Encik Mohamad Nor Hakimi dalam hujahannya memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan ia membabitkan nyawa bayi tidak berdosa.

Hujahan itu bagaimanapun dibantah Encik Muhd Muqri yang memaklumkan anak guamnya memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk menjalani reman selama empat hari.

Dalam rayuannya, beliau memohon mahkamah supaya dapat memberikan satu jaminan yang setimpal kepada anak guamnya memandangkan tertuduh baru menginjak usia 18 tahun.

Selain itu, tertuduh juga ditanggung oleh ibunya yang bekerja di sebuah kilang dengan gaji RM1,500 sebulan ($449)

Sebelum menjatuhi hukuman, Siti Hajar memaklumkan bahawa mahkamah mengambil kira semua faktor sewajarnya seperti umur tertuduh yang masih muda dan ia adalah kesalahan pertama dilakukannya.

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman denda RM2,000 dan penjara sebulan terhadap tertuduh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg