SHAH ALAM: Seorang kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang sanggup berulang-alik lebih 700 kilometer (km) setiap minggu demi keluarga, dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya pada 25 April lalu.

Mangsa, Encik Azman Mazni, menghembuskan nafas terakhir ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari Papar, Sabah, menuju ke rumahnya di Sibu, Sarawak.