Seorang pejalan kaki lelaki berusia 69 tahun terlibat dalam kemalangan dengan sebuah trak di Bukit Panjang pada 25 April.

Beliau didapati tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Woodlands dan kemudian meninggal dunia di sana.

Polis, berkata mereka menerima laporan mengenai kemalangan tersebut di Senja Close pada pukul 8.25 pagi.

Mereka menambah seorang pemandu trak lelaki berusia 39 tahun telah ditahan selepas disyaki memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa mangsa telah dibawa ke Hospital Woodlands.

Seorang saksi, yang ingin dikenali sebagai Encik Qiu, berkata beliau melihat seorang lelaki warga emas terlantar tanpa bergerak di atas jalan, lapor akhbar bahasa Cina Shin Min Daily News.

Encik Qiu, seorang pengawal keselamatan yang dalam perjalanan ke tempat kerja, berkata beliau juga melihat sebuah kerusi roda tersepit di bawah trak sampah.

Paramedik melakukan resusitasi kardiopulmonari atau bantuan pernafasan kecemasan (CPR) ke atas lelaki tersebut sebaik tiba di tempat kejadian, dan menggunakan defibrilator luaran automatik, tambahnya.

Siasatan polis masih dijalankan.